Utusan Borneo (Sarawak)

Lagu tema SUKMA ‘Wow! Kita The Greatest’ diharap ‘meletup’

-

IPOH: Lagu tema Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-19 ‘Wow! Kita The Greatest’ diharap mampu ‘meletup’ dan setanding dengan lagu ‘Standing In The Eyes Of The World’ pada Sukan Komanwel 1998.

Komposer Datuk Wah Abdul Hamid Idris, 62, berkata lagu tersebut mempunyai ciri-ciri komersial yang boleh diketengah­kan untuk pasaran muzik tempatan dan antarabang­sa.

“Bagi saya sesuatu yang unik tentang lagu ini, saya sukakan ritme, rentak dan melodinya dan judul itu sendiri, juga satu keistimewa­an.

“Ini lagu untuk generasi Y untuk menunjukka­n bakat mereka dalam dunia kesukanan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau yang juga penggubah lagu ‘Standing In The Eyes Of The World’ itu berkata meskipun ‘Wow! Kita The Greatest’ merupakan lagu tema untuk SUKMA 2018 di Perak, namun beliau berharap ia dapat disiarkan di seluruh negara.

“Lagu ini ada faktor tersendiri yang mantap dan saya perlu pastikan lagu ini ada nilai komersial agar orang mahu mendengar selalu… sebab itu lagu Standing In The Eyes Of The World jadi begitu popular, ia tidak terlalu patriotik walaupun liriknya mendalam.

“Saya berharap rakan-rakan media juga dapat bantu siarkan selalu lagu ini agar pada malam penutup SUKMA nanti bukan hanya 10,000 boleh nanyikan bersama tetapi lebih daripada itu,” katanya.

Menurut anak jati Perak itu, lagu berkenaan yang berdurasi kira-kira tiga minit akan dilancarka­n secara rasmi malam ini sempana perasmian SUKMA 2018 yang dinyanyika­n oleh penyanyi terkenal tanah air Ikhwal Hafiz Ismail atau Ewal AF dan Rayza Hamizan.

Wah Idris adalah penggubah lagu lulusan Berkeley College of Music, Boston, Amerika Syarikat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia