Utusan Borneo (Sarawak)

Terima kasih kerana dipilih sebagai tokoh Ar-Ridzuan

-

IPOH: Tiada apa yang dapat dizahirkan kartunis terkenal Lat, selain ucapan terima kasih kerana dipilih sebagai penerima anugerah khas Tokoh Ar-Ridzuan pada sambutan Maal Hijrah 2018/1440 Hijrah peringkat negeri Perak semalam.

Lat, atau nama sebenarnya Datuk Mohammad Nor Khalid, anak jati Kota Bharu, Gopeng namun menetap di Sungai Rokam di sini, menyatakan rasa syukur kerana baginya apa yang dihasilkan beliau selama ini adalah untuk masyarakat.

“Kartun komik yang saya hasilkan sejak zaman sekolah telah mendapat dorongan daripada keluarga, guru- guru, kawan- kawan dan pelukis-pelukis senior zaman dulu. Hasil karya untuk masyarakat ini adalah peranan saya sebagai seorang pelukis seperti juga rakanrakan seiring jalan dari dulu dan sekarang yang masih kerja.

“Karya yang dihasilkan bertujuan untuk berhubung dengan masyarakat dalam menyampaik­an mesej yang baik, menghubung­kan silaturahi­m dan memberi kesan kepada negara kita dan negara luar,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Maal Hijrah 2018/1440 peringkat negeri bertemakan ‘ Menyantuni Umat Membawa Rahmat’ di sini semalam.

Anugerah khas itu disampaika­n Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dalam acara sambutan yang diadakan di Pusat Konvensyen Ipoh yang disertai kira-kira 3,000 umat Islam.

Lat, 67, yang terkenal dengan karya ‘The Kampung Boy’, menerima hadiah wang tunai RM10,000, pakej umrah bernilai RM7,000 serta hadiah iringan, sijil dan plak.

Dalam pada itu, Penasihat Umum parti AMANAH Ahmad Awang, 82, yang menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 2018/1440 pula berkata, titah Sultan Nazrin berhubung penghijrah­an Rasulullah SAW dan Perlembaga­an Madinah perlu dihayati semua rakyat.

“Kita melihat dunia Islam bukannya bangkit tetapi semakin roboh apabila peperangan melibatkan negara Islam tercetus hari ini. Kita dapat saksikan Syria hampir hancur musnah, Libya... begitu juga Iraq, jadi kita perlu bersyukur di rantau Melayu belum sampai tahap itu namun gejala pepecahan umat di negara kita merunsingk­an.

“Ambil pengajaran hijrah Rasullulla­h SAW dalam membangun sebuah negara Madinah.. erti negara bertamadun dan berakhlak mulia menyantuni semua bangsa dan agama biarpun teras aqidah tidak boleh berubah tetapi Islam itu dimartabat­kan,” katanya.

Pada majlis itu, Masjid Ar -Ridzuan Parit Buntar menerima Anugerah Pengurusan Masjid Terbaik dan Tanah Perkuburan Islam Daerah Hilir Perak, menerima Anugerah Pengurusan Tanah Perkuburan Terbaik dengan masing-masing menerima wang tunai RM5,000 dan sijil serta plak. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENGUJAKAN: Ahmad (kanan) dan Lat (kiri) bergambar bersama pada Sambutan Maal Hijrah 1440H/2018M Peringkat Negeri Perak di Pusat Konvensyen Ipoh semalam.
— Gambar Bernama MENGUJAKAN: Ahmad (kanan) dan Lat (kiri) bergambar bersama pada Sambutan Maal Hijrah 1440H/2018M Peringkat Negeri Perak di Pusat Konvensyen Ipoh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia