Utusan Borneo (Sarawak)

Faktor jambatan kecil antara punca awal runtuhan berlaku

-

BANDAR BAHARU: Saiz jambatan yang agak kecil merupakan antara punca awal dikesan menyebabka­n keruntuhan jambatan di Taman Serdang yang mengorbank­an dua nyawa malam kelmarin.

Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kulim-Bandar Baharu Mohd Idrus Amir berkata, ini kerana apabila arus air mengalir deras dan kapasiti air yang melalui jambatan tersebut meningkat, ia menyebabka­n saluran air sedia ada tidak dapat menampung lebihan air yang melalui sehingga menyebabka­n mendapan.

“Apabila situasi itu berlaku, ia menyebabka­n air bergerak ke belakang dan menghakis sedikit demi sedikit tanah yang berada di bawah jambatan sehingga berlakunya runtuhan.

“Keadaan ini ditambah pula dengan hujan lebat sehingga aras air Sungai Serdang di bahagian hulu meningkat dan melalui kawasan ini, menyebabka­n tekanan yang kuat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini semalam.

Mohd Idrus berpendapa­t sekiranya jambatan yang berusia hampir 30 tahun itu dilebarkan sedikit, keadaan tidak mungkin seteruk itu, malah ia turut akan membolehka­n masalah banjir kilat di beberapa kampung berdekatan dapat dikurangka­n.

Dalam kejadian pada jam 10.15 malam kelmarin, Muhammad Haikal Hakimi Mohd Noor dan Mohamad Haziq Ishak, kedua-duanya berusia 17 tahun, maut apabila tertimbus dalam kejadian runtuhan jambatan berdekatan Taman Serdang di Serdang.

Sementara itu Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau sudah mengarahka­n JPS untuk turut sama membuat pemantauan di jambatan di seluruh daerah yang berpotensi runtuh bagi mengelak tragedi sama daripada berulang.

Katanya insiden yang berlaku kelmarin tidak dijangka kerana tiada tanda- tanda yang menunjukka­n bahawa hakisan dan runtuhan akan berlaku.

Menurutnya dari aspek keselamata­n, beliau telah berbincang dengan Ketua Polis Daerah Bandar Baharu DSP Barudin Wariso agar kawasan itu dikawal rapi bagi memastikan tidak ada orang awam yang mendekati lokasi kejadian kerana dikhuatiri akan berlaku runtuhan kecil.

“Kira- kira 1,000 rumah berada di kawasan ini namun buat masa sekarang kita ada laluan alternatif yang boleh digunakan penduduk untuk ke Pekan Serdang namun jaraknya agak jauh sedikit.

“Kita juga akan pastikan bahawa langkah segerakan pembinaan pembaikan semula dibuat bagi keselesaan penduduk,” katanya. — Bernama

Kanak-kanak tersebut yang masih berpakaian sekolah ditemui di tempat duduk belakang kereta berkenaan dalam keadaan ketakutan dan menangis. Kol Prayuth Ponsanti Ketua Polis Daerah Sungai Golok

Menurut polis, kejadian pada jam 5.50 petang kelmarin (waktu tempatan) itu dipercayai berpunca daripada masalah keluarga.

“Kanak- kanak tersebut yang masih berpakaian sekolah ditemui di tempat duduk belakang kereta berkenaan dalam keadaan ketakutan dan menangis,” kata Ketua Polis Daerah Sungai Golok Kol Prayuth Ponsanti kepada pemberita.

Pegawai polis terbabit dikenali sebagai Kapt Boonyawat Trakulprom, 28, bertugas di Mahkamah Narathiwat manakala isterinya pula dikenali Nattanan Trakulprom, 30, seorang guru.

Nattanan masih memakai pakaian seragam guru ketika mayatnya yang berlumuran darah ditemui dalam kereta itu.

Mayat Nattanan ditemui di tempat duduk penumpang manakala mayat suaminya di tempat duduk pemandu.

Prayuth berkata anak perempuan pasangan itu mem- beritahu polis, ibu bapanya bertengkar dalam kereta sebelum bapanya mengeluark­an pistol dan menembak ibunya sebelum menembak dirinya sendiri.

Menurutnya kelongsong peluru yang ditemui dalam kereta terbabit adalah daripada pistol Boonyawat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SUASANA PILU: Zuhainum (dua kiri) ibu kepada Mohamad Haziq kelihatan sedih ketika menerima kunjungan saudara mara di rumah mereka di Kampung Leret A, Sedang di Bandar Baharu, semalam.
— Gambar Bernama SUASANA PILU: Zuhainum (dua kiri) ibu kepada Mohamad Haziq kelihatan sedih ketika menerima kunjungan saudara mara di rumah mereka di Kampung Leret A, Sedang di Bandar Baharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia