Utusan Borneo (Sarawak)

30 persatuan perubatan sokong larangan merokok di tempat makan awam

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 30 persatuan perubatan menyatakan sokongan terhadap hasrat kerajaan untuk mewartakan tempat makan terbuka sebagai kawasan larangan merokok.

Antara persatuan berkenaan adalah Akademi Perubatan Malaysia, Persatuan Perubatan Islam Malaysia, Yayasan Paruparu Malaysia, Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia, Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia dan Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia.

Menerusi satu surat terbuka yang ditandanga­ni oleh 30 persatuan perubatan itu, mereka menyokong cadangan terbabit dengan tujuan untuk melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok sekunder.

“Asap rokok mengandung­i lebih daripada 7,000 bahan kimia, sesetengah­nya merupakan bahan karsinogen­ik atau penyebab kanser.

“Pendedahan asap rokok menyebabka­n kanser paruparu dan risiko penyakit angin ahmar (stroke) kepada orang yang tidak merokok. Wanita dan kanak-kanak adalah mangsa utama kepada pendedahan asap rokok terutama di tempat awam,” menurut surat terbuka itu.

Pada persidanga­n Dewan Negara baru- baru ini, Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye telah mengemukak­an cadangan untuk mengisytih­ar semua restoran dan tempat makan terbuka sebagai kawasan larangan merokok bermula Disember ini.

Beliau berkata kementeria­n berhasrat mewartakan cadangan itu di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia