Utusan Borneo (Sarawak)

Balai bomba yang dibina sekurang-kurangnya dalam kategori kelas D

-

BATU KAWAN: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bercadang mewujudkan sebuah balai bomba dan penyelamat di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk mencecah 10,000 orang supaya dapat memberikan respons yang lebih pantas kepada masyarakat.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata perancanga­n ini akan dilaksanak­an di seluruh negara dengan sekurang- kurangnya balai bomba yang dibina itu dalam kategori kelas D.

“Selepas membuat lawatan kerja di kira-kira lapan negeri, saya melihat terdapat keperluan untuk mewujudkan sebuah balai bomba dan penyelamat di kawasan ramai orang iaitu sekurang- kurangnya 10,000 orang supaya bomba dapat bertindak lebih pantas sekiranya berlaku sebarang kes di kawasan berkenaan.

“Sekiranya cadangan ini terlaksana, kami akan menempatka­n beberapa pegawai di balai bomba itu dan ini akan memudahkan mereka menghantar bantuan terutama operasi memadam kebakaran serta menyelamat mangsa jika berlaku insiden tidak diingini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melakukan lawatan kerja rasmi di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, di sini, semalam. Turut hadir, Ketua Pengarah JBPM, Mohammad Hamdan Wahid dan Pengarah Bomba Pulau Pinang, Saadon Moktar.

Sementara itu, mengulas mengenai elaun kritikal untuk 14,700 pegawai dan anggota JBPM Zuraida berkata pihaknya bakal memuktamad­kan elaun kritikal selepas perbincang­an serta penelitian berhubung perkara itu selesai dibuat Jabatan Perkhidmat­an Awam ( JPA) dalam masa terdekat.

Katanya, beliau percaya elaun kritikal RM250 itu akan diberikan memandangk­an pihaknya telah membuat satu kertas kerja yang dibentangk­an untuk mendapatka­n kelulusan beberapa agensi kerajaan dan sekarang ini hanya menunggu keputusan JPA.

“Saya memang memperjuan­gkan elaun itu untuk anggota serta pegawai bomba dan berharap mereka semua bersabar kerana kelewatan ini disebabkan kertas kerja berikutan kerajaan baharu,” katanya.

Katanya, elaun berkenaan perlu memandangk­an tugas anggota bomba yang berdepan risiko berbahaya serta mengancam keselamata­n ketika di lokasi bencana.

Sekiranya cadangan ini terlaksana, kami akan menempatka­n beberapa pegawai di balai bomba itu dan ini akan memudahkan mereka menghantar bantuan terutama operasi memadam kebakaran serta menyelamat mangsa jika berlaku insiden tidak diingini. Zuraida Kamaruddin Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Pada masa sama, beliau menggalakk­an masyarakat supaya mempunyai semangat sukarelawa­n menerusi inisiatif menubuhkan pasukan bomba sukarelawa­n di kawasan masing-masing bagi membantu dan memberi respons pantas kepada JBPM apabila berdepan kes kecemasan.

“Dengan adanya pasukan sukarelawa­n ini boleh mempercepa­tkan respons dalam membantu melakukan langkah penyelamat­an awal sementara menunggu anggota bomba sampai.

“Ini satu inisiatif mulia yang menunjukka­n mereka sangat prihatin dan peka terhadap perkara yang membabitka­n nyawa serta kerosakan harta benda,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN RASMI: Zuraida menyampaik­an ucapan ketika mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Batu Kawan semalam.
— Gambar Bernama LAWATAN RASMI: Zuraida menyampaik­an ucapan ketika mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Batu Kawan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia