Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada pemantauan dalam talian

-

KOTA BHARU: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengesahka­n tidak memantau mana-mana pihak secara dalam talian, kata Timbalan Menterinya Eddin Syazlee Shith.

Eddin Syazlee berkata ia selaras dengan dasar kerajaan persekutua­n pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang lebih terbuka berbanding kerajaan terdahulu.

“Kita tak akan mengganggu provasi mana-mana pihak (yang aktif dalam talian) asalkan perkara tersebut dibuat mengikut landasan (undang-undang).

“(Tetapi) kalau ia dibuat bertentang­an dengan un- dang- undang atau untuk menyebar fitnah atau untuk mencetuska­n huru- hara maka kita akan menguatkua­sakan undang- undang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Jamuan Rakyat bersempena Awal Muharram yang turut dihadiri Pengerusi PH Kelantan Senator Husam Musa di Kubang Kerian di sini, semalam.

Kelmarin, akhbar melaporkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa bahawa media sosial milik beliau dan ayahandany­a ‘diintip’ individu tertentu menggunaka­n teknologi buatan Israel.

Bagaimanap­un, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahka­n tidak mengintip akaun media sosial anggota keluarga Sultan Johor itu.

Sementara itu, dalam ucapannya Eddin Syazlee berkata agensi-agensi kerajaan di bawah KKMM harus menjadi mata dan telinga kepada kerajaan persekutua­n bagi membantu melicinkan pentadbira­n negara.

“Agensi- agensi seperti Jabatan Penyiaan dan Jabatan Penerangan tidak mempunyai sebab untuk tidak memberikan kerjasama kepada sahabat-sahabat (parti komponen) dalam PH,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia