Utusan Borneo (Sarawak)

Pahang perlu tegas pastikan tiada perlombong­an bauksit

-

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang diminta tegas melakukan penguatkua­saan dalam mengawal selia aktiviti perlombong­an bauksit berikutan pengumuman pengeluara­n lesen eksport (AP) bahan itu secara terhad.

Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh berkata, kemungkina­n perlombong­an haram boleh berlaku, yang telah menyebabka­n stokpile bauksit tidak dapat dikosongka­n walaupun tempoh moratorium telah berlangsun­g sejak 15 Jan 2015 dan dijangka tamat hujung tahun ini.

“Kerajaan negeri kena pastikan penguatkua­saan lebih tegas... sebelum ini sudah ada kes Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) dalam perlombong­an bauksit yang mungkin menunjukka­n berlaku unsur salah guna kuasa dan rasuah.

“Kita kena pastikan perkara seperti ini tidak berlaku lagi. Kena pastikan pasukan penguatkua­saan yang ada tegas, dan meletakkan kepentinga­n serta kesihatan rakyat dan kelestaria­n alam sekitar sebagai fokus utama mereka,” katanya.

Fuziah berkata demikian semasa ditemui pada Sambutan Maal Hijrah Peringkat Pahang 2018 di Masjid Negeri Sultan Haji Ahmad Shah1 di sini semalam, yang disempurna­kan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Turut hadir Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Mohd Tahir, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal Islam, Pelajaran dan Kesihatan negeri Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Fuziah menjelaska­n pengeluara­n AP terhad itu hanya terpakai bagi tujuan mengosongk­an stokpile yang terdapat di Pelabuhan Kuantan, yang perlu dilakukan segera sebelum musim tengkujuh yang lazimnya berlaku pada hujung tahun.

“Jika tidak, musim tengkujuh boleh menyebabka­n berlaku hakisan yang berisiko mendatangk­an bahaya kepada sungai dan laut. Ini yang perlu kita elakkan dan mengapa AP terhad dikeluarka­n hanya untuk stokpile dalam pelabuhan,” katanya.

Fuziah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menambah beliau berharap kerajaan negeri Pahang dapat mengeluark­an prosedur operasi standard (SOP) perlombong­an bauksit, jika aktiviti itu diteruskan pada masa hadapan.

Katanya, walaupun sering memperjuan­gkan isu bauksit, beliau tidak pernah sesekali menghalang aktiviti itu kerana ia membawa pendapatan kepada negeri dan rakyat, namun ia mesti dilakukan secara berhemah supaya tidak mencemarka­n alam sekitar dan menimbulka­n kerungsing­an rakyat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia