Utusan Borneo (Sarawak)

REHDA Pulau Pinang umum diskaun harga rumah 6 dan 10%

-

GEORGE TOWN: Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Pulau Pinang yang menyambut baik keputusan kerajaan memberikan pengecuali­an Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) terhadap perkhidmat­an pembinaan, akan memberikan diskaun pembelian rumah sebanyak enam dan 10 peratus kepada pembeli.

Pengerusi REHDA negeri, Datuk Toh Chin Leong berkata rumah yang bernilai RM300,000 ke atas di negeri ini akan diturunkan harga sebanyak 10 peratus berikutan pelaksanaa­n SST bermula 1 September lepas.

“Selain itu pihak kami juga akan memberikan diskaun sebanyak enam peratus bagi rumah mampu milik yang berharga bawah RM300,000 dan ia terpakai kepada projek sedia ada atau projek baharu,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini semalam yang turut dihadiri Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata penurunan harga kediaman itu dapat dilakukan berikutan pemaju perumahan kini boleh menyerap kos itu selepas dikecualik­an dari SST yang mana cukai itu perlu dibayar ketika sistem Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dikenakan sebelum ini.

“Kita juga mengalu-alukan pelaksanaa­n SST ini kerana di bawah GST, pemaju terpaksa menanggung kos tam- bahan yang ada daripadany­a dipindahka­n kepada pembeli, tetapi menerusi SST, beberapa komponen cukai berkaitan pembinaan dikecualik­an dan ini membolehka­n kita menurunkan harga rumah,” katanya.

Sementara itu Lim berkata kerajaan amat mengalu-alukan tindakan yang diambil REHDA Pulau Pinang dan berharap ianya dicontohi dan diguna pakai di seluruh Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia