Utusan Borneo (Sarawak)

Pulau Pinang atau N. Sembilan pilihan Anwar Semua tanda tanya akan terjawab hari ini melalui pengumuman yang dibuat Saifuddin Nasution

-

GEORGE TOWN: Nibong Tebal, Permatang Pauh, Pandan dan terbaharu Port Dickson adalah antara kerusi Parlimen yang disebutseb­ut menjadi pilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam langkah untuk menjadi perdana menteri kelapan.

Dua daripada kerusi itu ialah di Pulau Pinang, satu di Selangor yang kini disandang oleh isteri Anwar yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan yang terbaharu itu ialah di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Cakap-cakap tentang kerusi yang bakal ditandingi Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding sebagai presiden PKR semakin hangat menjelang pengumuman rasmi yang dijangka dibuat oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini.

Sebelum ini angin kuat mengatakan Anwar akan ke Nibong Tebal di Pulau Pinang, negeri yang merupa- kan ‘tapak’ permulaan karier politiknya.

Nibong Tebal kini diwakili Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman yang menang pilihan raya umum lepas dengan majoriti 15,817 undi manakala Permatang Pauh, yang merupakan kubu kuat parti itu diwakili anak Anwar, Nurul Izzah yang menang dengan majoriti 15,668 undi.

Bagaimanap­un kelmarin, Mansor menafikan akan melepaskan kerusi Parlimen Nibong Tebal bagi memberi laluan kepada Anwar dan terdahulu itu Saifuddin Nasution pula dilapor berkata Anwar tidak akan bertanding di negeri-negeri utara semenanjun­g. Semalam Saifuddin turut menafikan Anwar akan bertanding di kerusi Parlimen Pandan.

Saifuddin, yang juga Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, kerusi yang akan dipilih oleh Anwar itu nanti adalah kerusi paling selamat berdasarka­n kepada

Ini akan menutup cerita nepotisme. Namun, pemimpin paling popular kini adalah Datuk Seri Dr Wan Azizah dan jika beliau kosongkan, kesannya juga pada bilangan (Ahli Parlimen) wanita.

kajian serta mengambil kira keputusan pada pilihan raya umum yang lepas.

Penganalis­is politik daripada Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Sivamuruga­n Pandian berkata jika pilihan Anwar ialah di Pulau Pinang, kerusi parlimen yang dikira paling ideal ialah sama ada Permatang Pauh atau Nibong Tebal dan jika di luar Pulau Pinang beberapa faktor perlu diambil kira termasuk faktor demografi dan geografi.

Beliau berkata jika di luar Pulau Pinang, perkara yang perlu dilihat ialah sekiranya Anwar menjadi timbalan per- dana menteri terlebih dahulu sebelum menjadi perdana menteri, Dr Wan Azizah perlu berkorban walaupun sebelum ini beliau dilapor tidak akan melakukann­ya.

“Ini akan menutup cerita nepotisme. Namun, pemimpin paling popular kini adalah Datuk Seri Dr Wan Azizah dan jika beliau kosongkan, kesannya juga pada bilangan ( Ahli Parlimen) wanita,” katanya.

Sivamuruga­n berkata turut boleh diambil kira ialah dua kerusi yang dipegang oleh pemimpin PKR seperti Sungai Petani, Kulim Bandar Baharu dan lain-lain supaya pengorbana­n mengosongk­an kerusi yang dipegang itu tidak memberi impak dengan pemimpin berkenaan masih boleh berperanan.

Beliau berkata PKR juga boleh mengambil kira kerusikeru­si yang penyandang­nya tidak lagi berminat untuk berkhidmat dan mahu menumpukan perhatian kepada profesion atau perniagaan.

“Tetapi kesemua ini perlu fikirkan demografi dan geografi serta elak daripada isu nepotisme dan kronisme kerana kerusi ini adalah untuk ‘PM In Waiting’ dan menjamin kemenangan mudah kepada beliau. Jika komposisi etnik seperti Nibong Tebal, ia memberi gambaran populasi nasional.

“Dalam ramai tawarkan kerusi, ada juga yang terangtera­ng bagi tahu tidak mahu serahkan kepada seorang yang mahu dinobat sebagai perdana menteri,” katanya.

Ada juga pemerhati politik yang kuat mengatakan bahawa Anwar akan kembali ke Permatang Pauh dan Nurul Izzah akan memberi laluan, dan sebagai timbal balasnya, puteri sulung Anwar itu akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang.

Bagaimanap­un, jika keadaan itu berlaku akan membawa risiko kepada dua pilihan raya kecil dan Nurul Izzah tidak dibenar bertanding kerusi Parlimen dalam tempoh lima tahun dari tarikh mengosongk­an kerusi itu.

Syarat itu mengikut Artikel 48(6) Perlembaga­an Persekutua­n yang tidak membenarka­n Ahli Dewan Rakyat bertanding dalam pilihan raya bagi kerusi Parlimen dalam tempoh lima tahun dari tarikh peletakan jawatannya.

Bagaimanap­un, Nurul Izzah boleh bertanding kerusi dewan undangan negeri.

Setelah semua kerusi yang diperkatak­an sebelum ini dinafikan oleh Setiausaha Agung PKR, kini hanya tingga kerusi Parlimen Port Dickson di Negeri Sembilan yang masih menjadi tanda tanya. — Bernama SEREMBAN: “Saya tidak menerima maklumat ini dan bagaimana ‘ you’ media boleh dapat maklumat?,” kata Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berhubung kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson.

Aminuddin yang juga pengerusi PKR Negeri Sembilan ketika dihubungi Bernama berhubung spekulasi ini berkata setakat ini beliau masih belum menerima sebarang maklumat berkaitan perkara itu.

Seminggu dua ini keadaan politik negara sibuk memperkata­kan kerusi Parlimen manakah yang akan dikosongka­n bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) sebagai persiapan untuk menjadikan beliau sebagai perdana menteri kelapan.

Anwar yang barubaru ini menang tanpa bertanding jawatan presiden PKR sebelum ini digembar-gemburkan akan bertanding di negeri kelahirann­ya iaitu Pulau Pinang dan kemudianny­a Kedah serta Pandan, Selangor dan terbaharu di Port Dickson yang merupakan kubu kuat PKR selama tiga penggal sejak 2008.

Sementara itu, usaha Bernama untuk mendapatka­n komen daripada penyandang kerusi Parlimen Port Dickson Datuk Danyal Balagopal Abdullah berhubung desasdesus ini, gagal.

Untuk rekod, Danyal Balagopal ialah wakil tunggal PKR daripada lima kerusi Parlimen Pakatan Harapan di Negeri Sembilan.

Pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 pada 9 Mei lepas, Danyal Balagopal, 68, bekas pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengalahka­n calon BN Datuk V.S. Mogan dan calon PAS Mahfuz Roslan dengan majoriti 17,110 undi. — Bernama

Prof Dr Sivamuruga­n Pandian Penganalis­is politik dari USM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia