Utusan Borneo (Sarawak)

Dua gol Akbaba lengkapkan kebangkita­n Turki di Sweden

-

STOCKHOLM, Sweden: Pemain gantian Turki, Emre Akbaba, menjaringk­an dua gol lewat untuk menewaskan Sweden 3-2 pada perlawanan Liga Negara UEFA (UNL) ketika pelawat bangkit dari ketinggala­n 0- 2 pada perlawanan di Friends Arena di sini Isnin lepas.

Akbaba menyempurn­akan hantaran lintang Cenk Tosun untuk mengikat kedudukan 2- 2, dua minit sebelum tamat permainan sebelum melakukan satu tandukan cantik menewaskan penjaga gol Robin Olsen untuk mengesahka­n kemenangan, sekali gus menggembir­akan ribuan penyokong Turki yang hadir.

Turki, yang tewas 1-2 di tempat sendiri kepada Rusia pada perlawanan pertama mereka dalam Kumpulan 2 Liga B, bermula dengan baik dan menguasai bola tetapi penyudah mereka hambar.

Sweden membuka jaringan pada perlawanan pertama mereka pada kejohanan ini apabila Isaac Kiese-Thelin menjaringk­an gol 10 minit sebelum rehat dengan menyempurn­akan hantaran Viktor Claesson dan walaupun bola terk- ena palang, beliau berjaya menolak bola muntah ke pintu gol.

Claesson menjaringk­an gol kedua empat minit selepas rehat dengan satu rembatan jarak jauh tetapi Hakan Calhanoglu merapatkan kedudukan buat Turki dua minit kemudian.

Sweden, yang melangkah ke suku akhir Piala Dunia 2018 di Rusia sebelum tewas kepada England, mempunyai beberapa peluang untuk menambah jaringan sebelum Akbaba mengecewak­an mereka dengan dua gol terakhir. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia