Utusan Borneo (Sarawak)

PPMB FT melangkah ke final Liga Betong 2018

-

BETONG: Hujan lebat disusuli angin kencang merencatka­n perlawanan antara pasukan PPMB FT menentang PBH 45 pada pertemuan terakhir kedua-dua pasukan saingan Liga Betong 2018 di Kompleks Sukan Betong petang kelmarin.

Pada pertemuan itu, PPMB FT memenangi perlawanan berkesudah­an 4-1 pada permainan masih berbaki 23 minit untuk ditamatkan.

Dengan kemenangan tersebut mereka layak ke final Liga Betong 2018 apabila menjuarai Kumpulan A.

Masing-masing dua jaringan David Nocholas Junau dan Favian Ngendang memberi kredit buat PPMB FT sebelum permainan dihentikan dan perlawanan ditamatkan seterusnya memberi mata kemenangan kepada mereka.

Jaringan Standlionc­er Raffel Mara minit-minit akhir separuh masa pertama sekadar sagu hati buat PBH 45 layak secara automatik ke perebutan Piala Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) meskipun kedudukan tercorot kumpulan setelah diundi dalam Kumpulan A.

Penganjur terpaksa memberhent­ikan permainan kerana hujan turun dengan lebat disusuli ribut serta petir melanda Betong selain padang digenangi air merencatka­n permainan serta berbahaya kepada pemain-pemain.

Hasil perbincang­an, keduadua pasukan bersetuju menamatkan perlawanan pada minit ke-67 dengan kedudukan kekal 4-1.

Persetujua­n dicapai berikutan tiada perkara boleh meng- ganggu keputusan penganjur dan pasukan terlibat untuk dinilai semula.

PPMB FT beraksi pada final dijadualka­n pada 23 September ini menanti juara Kumpulan B sama ada Jang BS, Saribas United atau Saratok PC.

Di atas kertas, Jang BS berkelebih­an sebagai pasukan pilihan mara ke final meskipun mereka menamatkan saingan liga dengan memperoleh­i sembilan mata hasil tiga kemenangan dalam empat perlawanan.

 ??  ?? KE FINAL: Pasukan PPMB FT mara ke final Liga Betong 2018 setelah membenam PBH 45 dengan 4-1 meskipun perlawanan dihentikan akibat hujan lebat petang kelmarin.
KE FINAL: Pasukan PPMB FT mara ke final Liga Betong 2018 setelah membenam PBH 45 dengan 4-1 meskipun perlawanan dihentikan akibat hujan lebat petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia