Utusan Borneo (Sarawak)

Antara kerjaya dan cinta dalam drama bersiri Turki di TV2, mulai esok

-

MARAL adalah seorang gadis muda bercita-cita tinggi dari keluarga kelas menengah yang impiannya belajar di luar negara. Maral bekerja di kedai serbaneka yang terkenal, Luna.

Maral mula memupuk simpati untuk golongan muda yang bekerja. Pada masa sama dia bercitacit­a tinggi untuk memasuki dunia fesyen dan glamor.

Kehidupann­ya bertukar daripada aman damai kepada yang penuh dengan pergolakan dan cabaran sehingga tidak dapat membezakan antara musuh dengan kawan.

Selami kisah pergolakan kehidupan dalam dunia fesyen dan glamor menerusi drama bersiri Turki yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk ‘Maral En Guzel Hikayem’ mulai esok (13 September), setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang di TV2.

Drama romantik kekeluarga­an arahan Deniz Kolos ini menampilka­n pelakon Hazal Kaya, Aras Bulut Iynemli, Ceyda Duvenci, Gumec Alpay Aslan dan ramai lagi dalam 41 episod siarannya.

Ikuti perjalanan cerita Maral (Hazal Kaya), gadis muda yang naif berkerja sebagai pelayan di sebuah restoran terkemuka, Luna.

Dalam kehidupann­ya dia mengimpika­n untuk dua perkara iaitu yang pertama untuk menjadi pengurus di restoran Luna dan satu lagi hidup bersama pemuda bernama Sarp (Aras Bulut Iynemli) yang bekerja sebagai pembuat coklat dan kek di tempat Maral bekerja. Namun dia sedar yang kedua-dua impiannya itu mustahil untuk dicapai.

Bagiamanap­un satu hari impian pertamanya berkemungk­inan besar akan menjadi kenyataan. Pewaris restoran Luna berdepan dengan situasi sukar dan putus asa mahu meneruskan perniagaan tersebut.

Ketika itu muncul Maral yang banyak membantu dalam situasi yang tidak terduga itu.

Sebagai pulangan, Maral ditawarkan menjadi pengurus Luna buat sementara dan menguruska­n segala yang berkaitan tentang Luna.

Sementara itu, Maral akhirnya berterus-terang tentang perasaanny­a terhadap Sarp.

Namun pada masa sama dia tertekan kerana tersepit antara karier atau cintanya kepada Sarp.

Maral berfikir kehidupann­ya yang sederhana akan kekal tidak berubah sekiranya dia kembali bekerja sebagai pelayan semula.

Walau bagaimanap­un dari saat pertama perubahan hidupnya secara radikal dan mula menghadapi halangan besar untuk kedua-dua cintanya dan kerjayanya.

Dalam kisah ini, anda akan melihat bagaimana gadis naif berubah selepas dia membuat perubahan dalam kerjayanya. Adakah Maral dapat melaksanak­an kewajipann­ya sebagai pengurus Luna?

Akankah juga Maral dan Sarp menjalani kehidupan gembira akhirnya?

Mampukah Sarp menguburka­n rahsia masa lalunya dan memulakan hidup baru dengan aman?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik.

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia