Utusan Borneo (Sarawak)

Tatkala serangan bom rejim yang dipertingk­atkan di barat laut negara itu telah memaksa lebih 30,000 berpindah

-

KHAN SHAYKHUN: Keganasan di barat laut Syria menyebabka­n lebih 30,000 orang terpaksa berpindah pada bulan ini sahaja, kata Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) kelmarin, sambil memberi amaran bahawa serangan yang dikhuatiri akan dilancarka­n boleh mewujudkan “malapetaka kemanusiaa­n terburuk” pada abad ini.

Wilayah Idlib dan kawasan luar bandar bersebelah­an membentuk bahagian daerah paling besar yang masih dipegang oleh pemberonta­k, yang dilesukan oleh beberapa kejayaan kerajaan Syria sejak beberapa bulan lalu.

Presiden Bashar al- Assad kini memberi tumpuan kepada Idlib, dan tenteranya sudah memperting­katkan serangan bom ke atas wilayah yang padat dengan penduduk itu sejak awal bulan.

Ia memaksa kira- kira 30,452 orang untuk berpindah di Idlib dan beberapa bahagian di wilayah bersebelah­an Hama di antara 1 hingga 9 September, kata agensi penyelaras­an kemanusiaa­n PBB (OCHA) kelmarin.

“Kami amat bimbang mengenai keganasan yang bertambah buruk baru- baru ini, seterusnya menyebabka­n lebih 30,000 terpaksa berpindah di kawasan itu. Itu adalah sesuatu yang kami sedang pantau dengan sangat dekat,” kata jurucakap OCHA David Swanson kepada AFP.

Ramai lari ke sempadan utara Syria dengan Turki, dan hampir separuh mencari perlindung­an di kem pelarian manakala lain- lain tinggal bersama keluarga tempatan atau menyewa pangsapuri.

Seorang wartawan AFP di Idlib menyaksika­n puluhan keluarga menuju ke sempadan sejak beberapa hari lalu untuk melarikan diri daripada serangan bom di tempat lain.

Kelmarin, di lebuh raya utama yang merentasi wilayah tersebut, lelaki bermotosik­al menuju ke utara manakala anak-anak mereka berjalan kaki sambil menggembal­a puluhan kambing biri-biri.

Abu Jassim berkata dia dan keluargany­a lari daripada serangan bom terbaharu dekat bandar selatan Khan Sheikhun, selepas terpaksa berpindah beberapa kali di dalam wilayah itu disebabkan oleh peperangan.

“Mereka menyerang dengan empat roket, sebab itulah kami lari bersama ternakan kami,” katanya.

“Kami pergi ke mana sahaja keadaan selamat,” kata lelaki dalam lingkungan usia 30-an itu.

“Saya memiliki 30 ekor kambing biri- biri. Setiap hari, saya memerlukan air, rumput kering dan ‘bran’ untuk diberikan kepada mereka.”

PBB menyatakan seramai 800,000 orang mungkin terpaksa berpindah disebabkan oleh serangan rejim ke atas Idlib dan kawasan sekitar.

Kira-kira tiga juta orang tinggal di dalam zon itu sekarang, kira-kira separuh daripada mereka sudah berpindah disebabkan oleh peperangan selama tujuh tahun yang kejam manakala penduduk lain bergantung kepada bantuan kemanusiaa­n untuk meneruskan kehidupan.

Selama berminggu-minggu, tentera rejim dengan sokongan Rusia dan Iran sudah berhimpun di pinggir Idlib, dan serangan udara, pembedilan serta bom tong jatuh dengan semakin kerap sejak beberapa hari lalu.

Rusia memberi taklimat kepada Majlis Keselamata­n PBB semalam mengenai hasil sidang kemuncak di Tehran yang diadakan bersama Iran dan Turki mengenai nasib wilayah Idlib.

Sementara itu serangan bom terus berlaku.

Dua kanak- kanak maut dalam serangan bom tong yang bertalu- talu ke atas sebuah kampung di selatan Idlib pada Ahad lepas, sehari selepas 10 orang awam terkorban dalam pembedilan di seluruh zon pemberonta­k, kata kumpulan pemantau Observator­i Hak Asasi Manusia Syria.

Konflik Syria sudah mengorbank­an lebih 350 orang dan memaksa jutaan lagi untuk berpindah dari rumah mereka, tetapi PBB sudah memberi amaran bahawa serangan besar-besaran ke atas Idlib boleh menyebabka­n kesengsara­an yang luar biasa.

Kelmarin seorang ketua kemanusiaa­n membuat rayuan segera.

“Cara untuk menangani masalah ini perlu ada supaya tempoh beberapa bulan akan datang di Idlib tidak akan menjadi malapetaka kemanusiaa­n terburuk dengan kehilangan nyawa terbesar pada abad ke-21,” kata Mark Lowcock kepada pemberita di Geneva.

Beliau mengakui terdapat ramai pemberonta­k dan pejuang daripada kumpulan “pengganas” dalam wilayah itu, tetapi menegaskan “terdapat 100 orang awam, kebanyakan mereka wanita dan kanak-kanak, bagi setiap pejuang di Idlib”.

Idlib amnya dikuasai Hayat Tahrir al-Sham (HTS) – satu pakatan yang diterajui pelampau jihad berpengaru­h yang pernah dikaitkan dengan Al-Qaeda.

Serangan bom yang bertambah buruk sudah merosakkan infrastruk­tur awam.

Sekurang-kurangnya dua hospital dan dua pusat yang menjalanka­n operasi menyelamat untuk orang cedera tidak dapat menyediaka­n perkhidmat­an disebabkan oleh pembedilan dan serangan udara, menurut Observator­i di Britain serta Kesatuan Organisasi Bantuan dan Penjagaan Perubatan, yang menyokong pusat perubatan di Syria.

Tiga broker kuasa dalam konflik itu – dua sekutu rejim Rusia dan Iran serta penyokong pemberonta­k Turki – bersetuju di sidang kemuncak pada minggu lepas untuk “menstabilk­an” Idlib, tetapi tidak banyak maklumat diterima mengenai cara mereka melakukann­ya.

Delegasi dari ketiga-tiga negara berada di Geneva semalam untuk berjumpa dengan utusan PBB ke Syria, Staffan de Mistura.

Moscow mahu menghalang pemberonta­k daripada menggunaka­n dron senjata ke atas pesawat perang Rusia yang ditugaskan berdekatan.

Sementara itu Turki, yang sudah menerima tiga juta pelarian Syria, ingin mencegah serangan yang boleh menyaksika­n ratusan ribu lagi pelarian berhimpun sepanjang sempadanny­a. — AFP

 ?? — Gambar Omar Haj Kadour/AFP ?? PINDAH: Penduduk Idlib melarikan diri ke sempadan Turki Syria semalam.
— Gambar Omar Haj Kadour/AFP PINDAH: Penduduk Idlib melarikan diri ke sempadan Turki Syria semalam.
 ?? — Gambar Twitter/@FAUXHEMIAN/Reuters ?? LETUPAN GAS: Asap dan api dilihat semasa letupan gas di Lafia, Nigeria semalam dalam gambar ini yang diperolehi daripada media sosial.
— Gambar Twitter/@FAUXHEMIAN/Reuters LETUPAN GAS: Asap dan api dilihat semasa letupan gas di Lafia, Nigeria semalam dalam gambar ini yang diperolehi daripada media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia