Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah Bangladesh tolak ikat jamin jurugambar kontrovers­i

-

DHAKA: Sebuah mahkamah di Bangladesh menolak ikat jamin bagi aktivis hak asasi manusia dan jurugambar yang memenangi anugerah, Shahidul Alam, walaupun penahanann­ya selama sebulan mencetuska­n kemarahan antarabang­sa, kata peguamnya semalam.

Alam ditangkap pada 5 Ogos lalu kerana membuat kenyataan “palsu” dan “provokatif” dalam Al Jazeera dan Facebook Live sewaktu protes pelajar besar-besaran di ibu negara Dhaka.

Kumpulan hak asasi manusia, pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, penerima Anugerah Nobel dan ratusan ahli akademik telah menuntut pembebasan segera jurugambar berusia 63 tahun itu, yang mendakwa dia telah dibelasah di dalam tahanan.

Selepas mahkamah tinggi negara pada minggu lepas enggan menimbang permintaan berkenaan, peguam Alam beralih kepada hakim sesi Metropolit­an di Dhaka semalam, dan mengemukak­an satu lagi petisyen agar dia dibebaskan dengan ikat jamin.

“Namun mahkamah menolak permohonan ikat jamin,” kata peguamnya Sara Hossain kepada AFP, dan menambah mahkamah tidak menjelaska­n sebab bagi penolakan itu.

Pendakwa raya Abdullah Abu memberitah­u AFP mereka menentang ikat jamin Alam selepas dia menghasut rakyat sewaktu protes yang bulan lepas dengan membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap kerajaan dan negara.

“Dia telah menyatakan kerajaan sekarang mesti digulingka­n,” kata Abu, yang memetik daripada pertuduhan awal yang difailkan oleh polis terhadap Alam.

Penangkapa­n Alam melengkapk­an bulan yang bergolak di Bangladesh selepas pelajar membanjiri jalan raya selama sembilan hari berturut-turut setelah dua remaja mati dilanggar oleh sebuah bas yang dipandu laju. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia