Utusan Borneo (Sarawak)

Letupan gas di Nigeria ragut beberapa jiwa

-

ABUJA: Beberapa orang maut dalam satu letupan dan kebakaran yang berlaku di sebuah stesen mengisi gas dalam negeri Nasarawa, tengah Nigeria, kata kerajaan kelmarin.

Tiada pengesahan segera dibuat mengenai jumlah kematian selepas letupan berlaku di loji tersebut di ibu negeri Lafia tetapi puluhan orang juga dikatakan mengalami kelecuran.

Gambar televisyen menunjukka­n anggota bomba menyimbah kenderaan di atas jalan selepas kebakaran, yang dikatakan berlaku ketika silinder gas sedang diisi semula.

Danjuma Bisalla, timbalan ketua jabatan pencegahan kebakaran negeri Nasarawa, berkata peniaga memaklumka­n mereka tentang kebocoran gas tetapi mereka tidak dapat menghalang wasap daripada terbakar.

Seorang saksi memberitah­u saluran swasta Channels TV bahawa kebanyakan mangsa yang cedera adalah pemerhati yang enggan berganjak.

Presiden Muhammadu Buhari menyampaik­an ucapan takziah kepada mangsa yang terkorban, jurucakapn­ya Garba Shehu menyebut dalam satu kenyataan, dan menambah “beberapa” orang maut.

“Presiden menyuaraka­n kebimbanga­n yang serius mengenai jumlah kematian yang tinggi,” ujarnya tetapi tidak memberikan angka.

Isi rumah di Nigeria khas- nya dan Afrika Barat amnya bergantung kepada gas botol untuk memasak tetapi kemalangan yang disebabkan oleh penyimpana­n tidak elok, pengisian semula atau prosedur keselamata­n yang sambil lewa biasa berlaku.

Dalam satu insiden pada 2015, sekurang-kurangnya sembilan orang maut dalam letupan di bandar tenggara Nnewi ketika mereka mengisi silinder gas memasak pada Ambang Natal.

Kerajaan Ghana pada tahun lepas menjanjika­n beberapa langkah selepas sebuah lori tangki yang membawa gas asli terbakar, dan mencetuska­n letupan yang mengorbank­an tujuh orang dan mencederak­an lebih 130 lagi. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia