Utusan Borneo (Sarawak)

Bom berganda sasar sekolah perempuan Afghanista­n, 1 maut

-

JALALABAD: Seorang budak lelaki maut dan empat lagi cedera dalam serangan bom berganda di luar sebuah sekolah perempuan di timur Afghanista­n yang bergolak semalam, kata pegawai dan saksi, dalam keganasan terbaharu yang berlaku di negara tersebut.

Letupan pertama berlaku di hadapan Sekolah Perempuan Malika Omaira di Jalalabad, ibu kota wilayah Nangarhar, sekitar jam 8.30 pagi (waktu tempatan), kata jurucakap gabenor wilayah Ataullah Khogyani kepada wartawan AFP.

Bom kedua meletup ketika pelajar dari sebuah sekolah lelaki bersebelah­an dan penduduk tempatan berkumpul di tempat kejadian pertama, ujar Khogyani.

Saksi memberitah­u AFP bahawa mangsa adalah pelajar dari sekolah lelaki.

“Kami pergi bersama budak lelaki lain untuk melihat apa yang telah berlaku selepas kami mendengar bunyi letupan dekat sekolah perempuan,” kata Elyas, 12, kepada AFP dari katilnya di hospital.

“Satu lagi letupan berlaku ke atas kami dan saya cedera (pada bahagian kaki).

“Saya melihat gadis menangis sambil bergegas keluar dari sekolah. Semua mereka dalam keadaan panik.”

Letupan berkembar itu berlaku sejam selepas bom meletup di luar Sekolah Perempuan Biba Hawa dalam daerah berdekatan Behsood, kata jurucakap Jabatan Pendidikan Jalalabad, Asif Shinwari.

Pelajar belum tiba untuk kelas dan serangan itu tidak menyebabka­n sebarang kematian, ujarnya.

Belum ada pihak mengaku bertanggun­gjawab bagi serangan terbaharu di Nangarhar, tetapi puak Taliban dan kumpulan Negara Islam (IS) bergerak aktif di wilayah tersebut.

Kedua-dua kumpulan pelampau Islam itu sudah lama menentang pendidikan wanita dan memaksa penutupan banyak sekolah perempuan di Afghanista­n. — AFP

 ?? — Gambar Noorullah Shirzada/AFP ?? CEDERA PARAH: Budak lelaki yang cedera parah di kaki dirawat di hospital selepas serangan bom di Jalalabad, Afghanista­n semalam.
— Gambar Noorullah Shirzada/AFP CEDERA PARAH: Budak lelaki yang cedera parah di kaki dirawat di hospital selepas serangan bom di Jalalabad, Afghanista­n semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia