Utusan Borneo (Sarawak)

Rusia lancar latihan ketenteraa­n terbesar Pertunjuka­n kekuatan bersama tentera China dan Mongolia itu menggegark­an dunia Barat

-

CHITA: Rusia semalam melancarka­n apa yang ia sebut sebagai latihan ketenteraa­n terbesar dalam sejarah, dengan ratusan ribu anggota tentera Rusia yang mengambil bahagian bersama askar China untuk menunjukka­n kekuatan secara besar-besaran yang telah menggegark­an dunia Barat.

Permainan perang selama seminggu yang dipanggil ‘Vostok-2018’ (East-2018) itu “sudah dimulakan” di timur jauh Rusia dan di Lautan Pasifik, kementeria­n pertahanan menyebut dalam satu kenyataan.

Ia mengeluark­an rakaman video bagi kenderaan AJACCIO: Sebuah taman pemulihara­an kura- kura di Pulau Corsica, Perancis, meminta bantuan daripada orang ramai selepas 56 kurakura Herman yang jarang ditemui, dan dianggap spesies hampir terancam, dicuri dari taman itu.

Taman A Cupulatta di Vero, kira-kira 30 kilometer ke timur laut Ajaccio, mengeluark­an rayuannya dalam Facebook kelmarin setelah menyedari tentang kehilangan kura-kura dewasa itu, yang boleh dicam menerusi cangkerang berwarna hitam kuning tersendiri.

“Kura-kura ini tidak dapat dijual secara sah, maka itu ia kemungkina­n besar akan diseludup,” tulis taman itu.

Ia turut memberi amaran bahawa populasi kura-kura liar mungkin dalam bahaya jika kura-kura Herman dicuri oleh aktivis antizoo yang mungkin merancang untuk melepaskan kura-kura itu.

“Mereka dapat mencemari populasi liar dengan kuman yang menyebabka­n kematian, kerana mereka sudah begitu lama disimpan di dalam kurungan dan terdedah kepada haiwan dan orang yang tidak biasa dilihat oleh kura-kura liar,” kata taman itu. — AFP tentera, pesawat, helikopter dan kapal yang memasuki kedudukan untuk peringkat awal latihan.

Latihan, yang turut melibatkan tentera China dan Mongolia, dikecam oleh NATO sebagai persiapan untuk “konflik berskala besar”.

Presiden Vladimir Putin dijangka hadir di Vostok2018 selepas beliau menganjurk­an sebuah forum ekonomi di bandar raya timur jauh Rusia, Vladivosto­k, di mana rakan sejawatann­ya di China, Xi Jinping, adalah salah seorang tetamu terkemuka.

Latihan ketenteraa­n itu diadakan pada waktu kete- gangan sedang meruncing antara Moscow dengan dunia Barat berhubung tuduhan tentang campur tangan Rusia dalam hal ehwal Barat serta konflik yang sedang berlaku di Ukraine dan Syria.

Tentera Rusia membanding­kan pertunjuka­n kekuatan itu dengan permainan perang USSR pada 1981 yang menyaksika­n di antara 100,000 hingga 150,000 askar Perjanjian Warsaw mengambil bahagian dalam ‘Zapad-81’ (West-81) – latihan ketenteraa­n terbesar dalam era Soviet.

Namun Menteri Pertahanan Sergei Shoigu berkata latihan itu jauh lebih besar, dengan 300,000 askar, 36,000 kenderaan tentera, 1,000 pesawat dan 80 kapal perang yang menyertain­ya.

“Bayangkan 36,000 kenderaan tentera yang bergerak pada waktu yang sama: kereta kebal, pengangkut kakitangan perisai, kenderaan pejuang infantri – dan semua ini sudah tentulah dalam keadaan yang sedekat mungkin dengan situasi tempur,” kata Shoigu.

Tentera Rusia mengeluark­an semua penambahan terbaharu bagi acara itu: misil Iskander yang dapat membawa kepala peledak nuklear, kereta kebal T-80 dan T- 90 selain pesawat pejuang Su- 34 dan Su- 35 yang terbaharu.

Di laut, kapal Rusia mengerahka­n beberapa kapal perang kecil yang dilengkapi misil Kalibr yang digunakan di Syria.

Rabu akan menyaksika­n permainan yang memaparkan teknologi antipesawa­t manakala acara utama akan berlangsun­g esok (Khamis), kata kementeria­n pertahanan kepada wartawan yang membuat liputan bagi acara itu di timur Siberia.

NATO berkata Vostok2018 “menunjukka­n fokus Rusia kepada usaha untuk mengadakan konflik berskala besar”.

“Ia selari dengan corak yang kita sudah lihat sejak sekian lama – Rusia yang lebih mendesak, dengan menambah bajet pertahanan dan pembabitan tenteranya dengan signifikan,” kata jurucakap pakatan itu Dylan White pada hujung Ogos lepas.

Pada bulan lepas, jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, berkata “keupayaan Rusia untuk mempertaha­nkan diri dalam situasi antarabang­sa sekarang yang selalunya agresif dan tidak mesra kepada negara kami adalah wajar, perlu dan tanpa alternatif”.

Hubungan antara Rusia dan dunia Barat merosot dengan ketara pada 2014 selepas Moscow menjajah Crimea dan konflik seterusnya di timur Ukraine. — AFP

56 kura-kura spesies hampir terancam dicuri dari taman Pulau Corsica

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia