Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih sejuta diarah berpindah dari laluan Florence di Pantai Timur AS

-

CHARLESTON: Ribut Taufan Florence yang kuat bergerak ke arah Pantai Timur Amerika Syarikat (AS) semalam, yang mendorong pihak berkuasa untuk mengarahka­n seramai sejuta orang untuk berpindah dari laluan taufan yang amat berbahaya itu dan menurut peramal keadaan cuaca boleh bertambah buruk.

Penduduk bergegas untuk lari beramai- ramai tatkala taufan Kategori 4 dengan ribut selaju 220 kilometer sejam bergerak ke Pantai Timur AS.

“Ini adalah salah satu taufan terburuk untuk melanda Pantai Timur sejak sekian lama,” Presiden Donald Trump memberi amaran dalam Twitter. “Tolong bersiap sedia, berhati-hati dan jaga keselamata­n!”

Gabenor Carolina Selatan Henry McMaster mengarahka­n seramai sejuta penduduk di pantai timur negeri itu untuk meninggalk­an kediaman mereka sebelum taufan itu dijangka tiba esok (Khamis).

Sekolah di 26 daripada 46 daerah di negeri itu ditutup semalam.

Gabenor negeri jiran Carolina Utara mengarahka­n evakuasi di Outer Banks, iaitu pulau-pulau penyekat yang merupakan destinasi pelanconga­n yang popular, dan beberapa bahagian di kawasan pantai Dare County, manakala keadaan darurat diisytihar­kan di Virginia.

“Ini adalah ribut taufan yang sangat bahaya,” kata McMaster, yang menambah perintah evakuasi bagi daerah tepi pantai adalah “mandatori, bukan sukarela”.

“Kami tidak mahu membahayak­an satu nyawa Carolina Selatan dalam ribut taufan ini,” kata gabenor itu kepada pemberita. “Kami mudah mengalami banjir yang teruk.”

Beberapa jam kemudian Trump meluluskan deklarasi darurat bagi kedua-dua negeri tepi pantai itu, satu langkah standard bagi membolehka­n peralatan dan dana persekutua­n dikeluarka­n untuk membantu dalam usaha perlindung­an dan pemulihan.

Presiden AS itu berkata beliau sudah berbincang dengan gabenor negeri yang terancam, dan menambah “kerajaan persekutua­n bersiap siaga, bersedia untuk membantu 24/7”.

Ribut Taufan Florence mempunyai potensi untuk membawa banjir yang membawa bencana ke kawasan di timur AS yang sudah mengalami hujan lebat dan ia mungkin taufan paling kuat pernah melanda wilayah itu sejak sekian lama.

Florence, ribut taufan kategori 4 di atas skala angin ribut taufan lima tahap Saffir-Simpson, berada 465 batu ke selatan-tenggara Bermuda dan pusat ribut taufan itu diramal akan bergerak di antara Bermuda dan Bahamas semalam dan hari ini (Rabu), kata Pusat Ribut Taufan Negara (NHC) dalam maklumanny­a pada jam 11 malam (waktu tempatan).

Peramal keadaan cuaca menjangkak­an pengukuhan dalam tempoh 36 jam akan datang, apabila Florence bergerak ke barat-barat laut pada kelajuan 13 batu sejam.

Di sebuah kedai perkakasan di tengah bandar Charleston, Carolina Selatan, pengurus kedai John Johnson berkata kesibukan untuk membeli bateri, lampu suluh, tarpal plastik dan beg pasir bermula Jumaat lepas.

“Dari jam lapan sehingga jam dua kami diserbu,” kata Johnson, yang menjual puluhan beg pasir pada hujung minggu lepas, dan menyimpan beberapa beg untuk menahan pintu kedainya. “Kami tidak henti-henti.” Pemantauan ribut taufan dan ombak dikeluarka­n awal semalam untuk beberapa bahagian di negeri- negeri tenggara AS, kata NHC.

Pada laluannya sekarang, Florence dijangka membadai negeri-negeri Carolina dan Virginia dengan paling kuat sekali.

“Jangan memberi tumpuan kepada laluan ramalan sebenar Ribut Taufan #Florence. Kesan signifikan akan dilanjutka­n di luar kon, dan akan tiba di pantai lebih cepat daripada mata,” kata Jabatan Cuaca Negara.

Pejabat Gabenor Virginia Ralph Northam meramalkan “banjir pedalaman yang membawa bencana, ribut kuat dan mungkin kejadian bekalan elektrik terputus yang berleluasa”, dan memberi amaran bahawa risiko paling berbahaya akan muncul selepas banjir.

Tentera AS berkata ia sudah bersiap sedia untuk menghantar kira-kira 30 kapal di Virginia ke laut.

Kapal tersebut akan berlepas dari Stesen Tentera Laut Norfolk dan Pangkalan Ekspedisi Bersama Little Creek untuk mengelak kerosakan berpotensi akibat ribut dan pasang surut, kata seorang jurucakap Pentagon, Kolonel Rob Manning. — AFP

 ?? — Gambar Randall Hill/Reuters ?? PERSEDIAAN AWAL: Pelanggan beratur untuk membeli propana di Socastee Hardware menjelang ketibaan Taufan Florence di Pantai Myrtle, Carolina Selatan, AS semalam.
— Gambar Randall Hill/Reuters PERSEDIAAN AWAL: Pelanggan beratur untuk membeli propana di Socastee Hardware menjelang ketibaan Taufan Florence di Pantai Myrtle, Carolina Selatan, AS semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia