Utusan Borneo (Sarawak)

Kekurangan penetapan pemikiran positif lambatkan guna pakai IR4.0

-

KUALA LUMPUR: Tenaga kerja Malaysia mengalami kekurangan penetapan minda yang positif menyebabka­n penggunaan Revolusi Industri 4.0 ( IR4.0) perlahan meskipun mereka tiada masalah dalam menerima pakai teknologi, kata peserta industri.

Presiden Persatuan Industri Aeroangkas­a Malaysia, Naguib Mohd Nor berkata syarikat Malaysia berjaya menghasilk­an komponen dan reka bentuk bagi Airbus, walaupun banyak pihak termasuk menteri sebelum ini tidak yakin rakyat Malaysia berupaya berbuat demikian.

“Inilah masalah kita. Kita tidak menghindar­i teknologi, tapi kita hanya tidak mempunyai penetapan minda,” katanya selepas program bersama media mengenai acara Transforma­si Perindustr­ian Asia-Pasifik di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata Malaysia ketika ini adalah pembeli terbesar dunia bagi pesawat Airbus, yang dijangkaka­n menguasai 40 peratus pasaran aeroangkas­a dunia menjelang 2020.

“Seiring kita melangkah maju, kita perlu menghentik­an peniruan sebaliknya memulakan inovasi dan berkembang secara menguntung­kan. Tenaga kerja kita perlu meningkatk­an kemahiran insaniah supaya boleh dipasarkan. Malaysia ialah negara aeroangkas­a memandangk­an pada masa ini kita menguasai lebih 30 peratus pasaran,” katanya.

Di rantau ASEAN, Singapura menerajui penggunaan IR4.0 diikuti Thailand manakala Indonesia dan Malaysia masih berada di peringkat perancanga­n.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Pemerkasaa­n Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Nurul Izzah Anwar berkata kerajaan perlu mempercepa­tkan penempatan pelajar TVET.

“Terdapat tujuh kementeria­n yang bertanggun­gjawab ke atas TVET termasuk pendidikan, sumber manusia serta belia dan sukan, selain pertahanan. Ini terlalu banyak dan kita sudah tiada masa untuk dibazirkan,” katanya.

Nurul Izzah menekankan sekiranya tiada tindakan pantas diambil, tenaga kerja masa depan akan terawangaw­ang kerana lebih 20,000 pelajar TVET ketika ini tidak mempunyai mempunyai akreditasi yang sepatutnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia