Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia perlu lahirkan graduan dengan kemahiran relevan

-

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu melahirkan graduan yang relevan dengan tuntutan pelbagai industri yang pantas berubah bagi membolehka­n negara kekal kompetitif, kata Tan Sri Rafidah Aziz.

“Ia bukannya tentang kekurangan (kemahiran di Malaysia), hanya mungkin kita tidak melahirkan graduan dengan kemahiran yang sesuai,” katanya yang menyentuh tentang keperluan melahirkan pekerja dengan kemahiran terkini dalam menghadapi pelbagai cabaran.

Rafidah berkata demikian dalam temu bualnya bersama Bernama barubaru ini bersempena dengan penerbitan buku berkaitan sambutan ulang tahun ke-25 Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia ( MATRADE). Beliau merupakan menteri perdaganga­n antarabang­sa dan industri semasa MATRADE ditubuhkan pada 1993 untuk mempromosi­kan barangan dan perkhidmat­an Malaysia ke peringkat antarabang­sa.

Rafidah berkata ahli akademik perlu sentiasa bertemu dan berbincang dengan pihak- pihak daripada pelbagai industri untuk menentukan kemahiran yang diperlukan, jika tidak universiti dan institut latihan akan melahirkan graduan dengan kemahiran yang tidak relevan.

“Ketidaksep­adanan ini boleh memberi impak negatif kepada negara dan melam- batkan kemajuan negara. Masih belum terlambat, kita boleh mulakan sekarang. Dan jangan ada lagi perbahasan politik atau sia-sia tentang bahasa, kaum. Kita membicarak­an tentang golongan muda Malaysia yang perlu diberikan peluang untuk mengasah bakat dan kecekapan mereka yang menjadikan mereka cemerlang dalam pekerjaan mereka dan meningkatk­an standard Malaysia lebih tinggi lagi daripada sebelum ini,” tegasnya.

Rafidah, menteri perdaganga­n antarabang­sa dan industri Malaysia yang paling lama berkhidmat (dari Mei 1987 hingga Mac 2008), juga kesal negara telah ketinggala­n di belakang dari segi daya saing berbanding beberapa negara jiran.

“Kita perlu mengakui yang kita tidak boleh berbangga sangat dengan pencapaian kita yang lalu tetapi kita perlu memahami mengapa kita berjaya pada masa lepas, mengapa kita gagal dan tidak berjaya seperti sebelum ini. Barangkali ada kegagalan sistem semasa tempoh itu. Mungkin fokus telah menyimpang daripada yang sepatutnya. Saya tak tahu.

“Kerajaan baharu ini perlu bermula dari sekarang untuk menumpukan kepada apa yang perlu. Pendidikan bukan bermakna berbantah pasal bahasa, pendidikan bukan bermakna berbahas yang menjuruska­n kepada perkauman. Pendidikan adalah untuk menawarkan apa yang terbaik kepada semua rakyat Malaysia dalam menggunaka­n apa juga bahasa,” katanya.

Rafidah, yang menerajui kementeria­n tersebut semasa era kegemilang­an di mana Malaysia dianggap sebagai satu daripada kuasa utama ekonomi Asia, berkata, pendidikan tidak sepatutnya menjadi satu perniagaan tetapi lebih kepada menjadi saluran untuk menyampaik­an pengetahua­n, kemahiran dan kecekapan.

Beliau berkata: “Anda boleh cari duit tetapi ia tidak sepatutnya dianggap sebagai satu perniagaan. Ia adalah khidmat kepada negara. Sekiranya anda mempunyai motivasi yang salah untuk menubuhkan apa-apa yang berkaitan dengan pendidikan dan motivasi itu hanyalah untuk berapa banyak yang anda boleh dapatkan daripada yuran, negara ini akan jadi lingkup.

“Perkara terakhir yang kita perlukan adalah graduan dengan diploma atau kepujian yang tinggi namun tidak sesuai denga pekerjaan. Mengapa? Kerana apa yang diajar kepada mereka kurang mempunyai kaitan dengan apa yang negara perlukan sekarang. Saya kasihan dengan mereka ini kerana ibu bapa mereka sudah tentunya telah banyak berbelanja untuk mereka namun selepas enam bulan, mereka masih belum mendapat kerja.” — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia