Utusan Borneo (Sarawak)

Taman tema jenama Pulau Pinang akan dibina di Shandong, China

-

GEORGE TOWN: Taman tema Penang Escape yang kedua akan dibina di Linyi, di wilayah Shandong, China.

Pengasas Sim Leisure Group, Sim Choo Kheng, berkata pembinaan teman tema baharu gaya ‘kampung’ itu yang mengandung­i permainan pengembara­an dan graviti akan bermula pada suku pertama 2019.

Sim, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Sim Leisure Group dan Penang Escape, menambah bahawa, perbezaan antara teman tema berkenaan dengan taman tema Penang Escape di Teluk Bahang ialah tidak akan ada taman permainan air disebabkan oleh faktor musim sejuk.

“Kami sudah melabur RM59 juta untuk fasa pertama taman tema Escape yang baharu itu yang dijangka akan disiapkan dalam masa 15 bulan,” katanya pada majlis menandatan­gani perjanjian persefaham­an dengan Pengarah Eksekutif Fei County Wonderston­e Town Developmen­t Co Ltd, Sun Bowen, di taman tema Penang Escape, dekat sini, baru-baru ini.

Beliau juga berharap bahawa keseluruha­n taman berkenaan akan dibangunka­n sepenuhnya dalam masa lima tahun dengan pelaburan sebanyak RM200 juta.

Sementara itu, Sim juga berkata, Fasa 3 pembanguna­n taman tema Penang Escape akan disiapkan menjelang sambutan Tahan Baru Cina 2019.

Fasa 3 yang mana adalah taman permainan graviti akan mengandung­i jambatan gantung menyambung­kan dua taman sedia ada iaitu taman pengembara­an dan taman permainan air.

Taman tema Penang Escape dimiliki oleh Sim Leisure Group, taman tema luar yang diwujudkan pada 2011 dengan gelongsor airnya yang sepanjang 1,020 meter dicatatkan sebagai Gelongsor Air Terpanjang di Dunia di dalam buku Rekod Dunia Guinness pada 2017. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia