Utusan Borneo (Sarawak)

Khairil menang motosikal Ducati idaman daripada Shell

-

KUALA LUMPUR: Ibarat mimpi menjadi nyata buat Khairil Anuar Abd Rasol, 35, apabila sebuah motosikal Ducati Monster 797 yang baharu menjadi miliknya setelah diisytihar sebagai pemenang Peraduan Beli dan Menang Shell Advance baru-baru ini.

Khairil yang bekerja sebagai juruteknik tidak menyangka akan menjadi pemenang utama.

“Saya amat terkejut apabila menerima panggilan yang memaklumka­n berita baik ini. Saya sangat teruja kerana langsung tidak menyangka untuk memenangi Ducati Monster ini.

“Ganjaran ini hasil disiplin saya. Saya sememangny­a sentiasa menggunaka­n minyak sintetik sepenuhnya Shell Advance Ultra kerana ia memberikan kilometer yang lebih jauh tanpa sebarang impak kepada prestasi dan menjadikan motosikal saya lebih ringan dan lebih berkuasa,” katanya.

Peraduan Beli dan Menang Shell Advance yang diadakan dari 1 April hingga 31 Mei lalu ini terbuka kepada semua pemilik motosikal yang membeli mana-mana minyak enjin motosikal atau minyak gear Shell Advance 4T dengan nilai minimum RM25 dalam satu resit dari rangkaian runcit Shell Advance yang sah.

Peraduan ini juga bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan yang memilih untuk meletakkan kepercayaa­n mereka kepada Shell Advance bagi perlindung­an lengkap enjin motosikal mereka.

Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus mempunyai minyak asas jernih yang dihasilkan daripada gas asli dan membawakan pembersiha­n yang unggul serta perlindung­an dari kehausan dan hakisan. Hasilnya adalah permulaan yang lancar dan kuasa yang berterusan pada setiap masa.

Perkongsia­n Teknikal Shell dengan Ducati membolehka­n perkembang­an produk Shell Advance yang diuji dalam banyak persekitar­an. Minyak enjin motosikal Shell memberi manfaat kepada penunggang motosikal di seluruh dunia dengan teknologi canggih dan keyakinan untuk meredah segala cabaran.

Ducati bukan sahaja menggunaka­n produk Shell di litar perlumbaan, tetapi juga memilih Shell Advance dan Shell V-Power sebagai bahan api utama untuk setiap motosikal Ducati yang muncul dari kilangnya di Bologna, Itali.

Saksikan aksi Shell dan Ducati di Shell Malaysia MotoGP 2018 yang akan berlangsun­g di Litar Antarabang­sa Sepang, dari 2 hingga 4 November 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia