Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Sabah komited membangunk­an negeri: KM Mempunyai segala-galanya untuk muncul sebagai kuasa ekonomi

-

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah komited memacu pembanguna­n negeri ke tahap lebih baik agar lebih berdaya saing, dinamik, makmur serta menyejahte­rakan kehidupan rakyat, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata dalam kerangka itu Sabah mempunyai segalagala­nya untuk muncul sebagai satu kuasa ekonomi.

“Aset paling utama Sabah adalah keluasan tanah untuk aktiviti pertanian dan perladanga­n, sumber alam yang banyak di samping keindahan alam semula jadi serta kepalbagai­an masyarakat yang menjadi daya tarikan dalam sektor pelanconga­n.

“Jika segala perancanga­n berjalan lancar, insya-Allah Sabah bukan sahaja menjadi antara negeri yang pesat membangun, malah tiada kumpulan rakyat yang akan ketinggala­n untuk menikmati arus pembanguna­n dan kemajuan negeri,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpuna­n Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sabah 2018, di sini semalam.

Turut hadir Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahirudin dan isteri Toh Puan Norlidah Datuk R.M Jasni, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Jaujan Sambakong dan Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Moktar.

Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata kesatuan dan perpaduan rakyat berbilang kaum, agama dan adat resam di negeri ini menjadi kunci kepada kepesatan pembanguna­n di Sabah.

“Ia adalah hasil daripada sikap masyarakat yang kaya dengan perasaan saling menghormat­i dan menerima kepelbagai­an yang wujud sebagai sinergi untuk melestarik­an keharmonia­n hidup beragama dan bermasyara­kat di Sabah,” katanya.

Mengulas kes penculikan dua lelaki di perairan Semporna tengah malam kelmarin, Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata pihaknya telah mengarahka­n pihak berkuasa untuk melaksanak­an tindakan susulan.

“Saya difahamkan keduadua mangsa culik itu adalah warganegar­a Indonesia… walaupun mangsa itu adalah warganegar­a Indonesia namun kita akan berusaha sedaya upaya untuk membantu.

“Kita akan memperketa­tkan kawalan dan rondaan dan kita juga akan tingkatkan risikan untuk mengetahui di mana keberadaan mangsa itu untuk membolehka­n pihak berkuasa kita melakukan tindakan susulan,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 malam kelmarin, dua lelaki itu yang juga kru bot nelayan diculik oleh dua lelaki bersenjata di perairan Pulau Gaya, Semporna. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia