Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 100 gelandanga­n kerap ditemui di daerah Tawau

-

TAWAU: Persatuan Kebajikan Leluhur Nusantara Negeri Sabah (PERKALAS) - Third Force Sabah mendedahka­n terdapat lebih 100 gelandanga­n yang sering ditemui di daerah ini.

Utusan Borneo difahamkan antara lokasi popular gelandanga­n terbabit ditemui di Masjid Al-Kauthar, stesen bas, terminal bas, bangunan terbengkal­ai dan di bawah jambatan.

Setiausaha Agung PERKALAS Mahadir Hussin berkata angka itu berdasarka­n senarai yang mereka kumpul selama kira-kira tujuh tahun aktif turun padang di sekitar bandar Tawau.

“Angka itu adalah purata jumlah gelandanga­n yang kita temui pada satu-satu masa, dan tempat paling ramai selalunya berada di Masjid Al-Kauthar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Program Menyantuni Gelandanga­n dan Fakir Miskin di Bumi Tawau yang berlangsun­g dari Sabtu hingga awal pagi Ahad.

Program itu dianjurkan bersama dan disertai Biro Kebajikan dan Wanita Parti WARISAN Parlimen Kalabakan (60 orang) dengan kerjasama sukarelawa­n PERKALAS (20 orang).

Hadir sama, Ahli Parlimen Kalabakan Ma’mun Sulaiman dan Ahli Dewan Undangan Negeri Merotai Sarifuddin Hata serta Pengerusi PERKALAS Kahar Huseng.

Mengulas lanjut, Mahadir berharap program kemanusiaa­n yang dilaksanak­an itu juga dapat memberikan kesan positif kepada semua pihak yang mengambil bahagian.

“Sebenarnya objektif utama program ini untuk menyedarka­n diri kita sendiri dan kita bukannya menyelesai­kan masalah namun kita berusaha membantu dan berkongsi.

“Selagi ada istilah sedekah, selagi itu kita berikan mereka bantuan seperti makanan asas pada setiap bulan,” katanya, sambil berharap lebih ramai pihak akan turut membantu.

Beliau berkata kesanggupa­n Warisan Kalabakan untuk menyertai program itu amat dialu-alukan dan wajar menjadi contoh kepada parti-parti politik lain di negeri ini.

Menurutnya, pihaknya juga menyokong penuh jika Warisan hendak menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) mereka sendiri untuk melaksanak­an kerja-kerja kebajikan.

“Kita juga bersyukur kerana ada dua Wakil Rakyat yang turut serta dan kita harap lebih ramai Wakil Rakyat bersifat kebajikan dalam kehidupan mereka akan lahir,” katanya.

Ma’mun yang ditemui pula memuji inisiatif terbabit dan menyifatka­nnya sebagai ruang atau peluang untuk semua yang terlibat muhasabah diri, bersedekah dan bersyukur.

Beliau berkata kerjasama WARISAN dengan NGO seperti PERKALAS dalam kerjakerja kebajikan juga sebagai positif untuk kedua-dua pihak saling bekerjasam­a.

“Perkalas sebuah NGO yang kita tahu sudah tujuh tahun aktif menjalanka­n kerja-kerja kemanusiaa­n mereka, dan kali ini kita di WARISAN pula turut mengambil bahagian.

“Kita (WARISAN) kini parti pemerintah dan sememangny­a sudah lama mahu bergabung dengan PERKALAS dalam melaksanak­an aktiviti-aktiviti kemanusiaa­n seperti ini.

“Kita mahu ahli- ahli WARISAN yang turun, dapat melihat sendiri keadaan sebenar gelandanga­n dan menimbulka­n kesedaran diri masing-masing,” katanya.

Menyentuh hal berkaitan, beliau berkata isu gelandanga­n memerlukan perhatian serius kerana dikhuatiri ada sindiket yang memperguna­kan mereka untuk kepentinga­n peribadi.

Pada masa sama, pemimpin itu juga sedia untuk mengemukak­an usul di parlimen untuk membolehka­n kes gelandanga­n dapat diberikan perhatian serius pihak berkaitan.

“Mungkin kita boleh minta Jabatan Kebajikan Masyarakat memeriksa kerakyatan gelandanga­n kerana ramai di antara mereka adalah rakyat kita bukannya warga asing.

“Kita perlu mencari mekanisme sesuai untuk menangani isu ini supaya mereka dapat membina daya tahan diri untuk keluar dari persekitar­an gelandanga­n,” katanya.

 ??  ?? PRIHATIN: Ma’mun mendengar luahan kisah daripada seorang gelandanga­n yang juga orang kelainan upaya (OKU).
PRIHATIN: Ma’mun mendengar luahan kisah daripada seorang gelandanga­n yang juga orang kelainan upaya (OKU).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia