Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Ulu Katibas rayu kerajaan bina jalan hubungkan mereka dengan Nanga Banjor

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Penduduk 30 rumah panjang di Ulu Katibas, Song merayu supaya kerajaan membina jalan raya bagi menghubung­kan kampung itu dengan Nanga Banjor bagi memudahkan mereka melakukan urusan harian.

Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP) Munan Laja berkata, SWP mendesak Kerajaan Sarawak merealisas­ikan impian penduduk di kawasan tersebut yang masih bergantung sepenuhnya kepada pengangkut­an sungai.

“Selain puluhan rumah panjang, hasrat untuk menikmati kemudahan jalan raya turut diintai lima sekolah rendah iaitu SK Lubuk Bedil, SK Nanga Bangkit, SK Nanga Engkuah, SK Lubuk Ipoh dan SK Temenggong Jugah serta tiga klinik kesihatan.

“Rakyat di kawasan itu sangat berharap Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari menyelesai­kan isu ini dengan membina jalan raya sepanjang 28 kilometer bagi menghubung­kan Nanga Banjor dengan Ulu Katibas,” katanya kelmarin.

Munan berkata, ketika ini kemudahan jalan raya dibina dari pekan Song hingga Nanga Banjor dan bila jalan tersebut akan disambung tiada khabar berita.

Ujar beliau, isu berkenaan juga sering dibangkitk­an oleh Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Katibas Datuk Ambrose Belikau pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri ( DUN).

Justeru sudah tiba masanya Abang Johari memberi tumpuan untuk menambah dan meningkatk­an kemudahan infrastruk­tur di daerah Song khususnya jaringan jalan raya.

“Daerah Song mempunyai kira- kira 160 rumah panjang serta dihuni sekitar 23,400 penduduk.

“Pembanguna­n infrastruk­tur sememangny­a sudah lama ditunggu dan sudah tiba masanya Kerajaan Sarawak menyediaka­n kemudahan yang diperlukan rakyat di daerah tersebut,” ujarnya.

Munan berkata, dengan adanya jalan raya akan membolehka­n penduduk kampung meningkatk­an taraf hidup mereka.

Katanya, penduduk di kawasan berkenaan bukan meminta jalan baharu yang indah tetapi memadai untuk memudah dan memendekka­n masa berkunjung ke ke Nanga Banjor.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Mordi menerima cendermata pada Program Pemantapan Pendidikan PERASA yang diadakan di SK Biawak, Lundu baru-baru ini.
TERIMA KASIH: Mordi menerima cendermata pada Program Pemantapan Pendidikan PERASA yang diadakan di SK Biawak, Lundu baru-baru ini.
 ??  ?? MUNAN
MUNAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia