Utusan Borneo (Sarawak)

Jelajah Kelab Media Johor, beri bantuan dan dekati Orang Asli Kampung Peta

-

JOHOR BAHRU: Program Jelajah Media Johor (JMJ) yang masuk edisi ketujuh tahun ini menjelajah­i Taman Negara Endau-Rompin untuk mendekati dan memberi bantuan kepada komuniti Orang Asli di Kampung Peta, dekat Kluang.

Konvoi jelajah yang melibatkan 11 kereta pacuan empat roda itu dilepaskan oleh Pengarah Tourism Johor Abdul Malik Ismail di pekarangan Komtar JBCC, di sini, semalam.

Presiden Kelab Media Johor Mohd Fauzi Ishak berkata, program JMJ merupakan program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) selama dua hari satu malam yang turut mendapat kerjasama Johor Corporatio­n, Hospital Pakar KPJ Kluang dan Taman Negara Johor.

“Bertemakan Pelanconga­n dan Kesihatan, antara aktiviti yang akan kami jalankan di sana adalah pemeriksaa­n kesihatan bersama masyarakat Orang Asli, penyampaia­n sumbangan berupa barangan keperluan dan terpakai selain beramah mesra bersama mereka,” kata beliau kepada pemberita sebelum pelepasan konvoi itu di sini.

Mohamad Fauzi berkata, aktiviti seterusnya melibatkan jelajah hutan dengan mengunjung­i beberapa kawasan menarik di Taman Negara Johor Endau-Rompin seperti Kuala Marong dan air terjun Upih Guling.

“Selain kita membuat CSR, Kelab Media Johor sebagai ‘Friends of Tourism’ membawa hasrat mempromosi­kan destinasi pelanconga­n menarik negeri ini, kepada pihak luar menerusi laporan berita disiarkan.

“Kita juga mahu memperkena­lkan Johor sebagai destinasi pelanconga­n perubatan terbaik di negara ini, dengan segala kepakaran dalam perubatan khusus menerusi Hospital Pakar KPJ,” katanya.

Jelajah Media Johor yang bermula sejak tahun 2011 pernah diadakan di kawasan Parlimen Pontian dan Parlimen Tenggara, selain Taman Negara Johor Endau-Rompin (Peta) dan Taman Negara Johor Endau-Rompin (Selai).

Konvoi JMJ turut 20 pengamal media melibatkan beberapa agensi media termasuk Bernama, Utusan, RTM, Sinar Harian serta media di bawah kumpulan NSTP. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia