Utusan Borneo (Sarawak)

Adams menyerlah ketika AS tumbangkan Mexico 1-0

-

NASHVILLE, Amerika Syarikat (AS): Pemain remaja, Tyler Adams, menjaringk­an gol antarabang­sa sulung beliau ketika skuad ‘baharu’ AS menewaskan Mexico 1-0 pada satu perlawanan persahabat­an di sini Selasa lepas.

Adams, pemain tengah kelab New York Red Bull, memasuki kotak penalti untuk menyempurn­akan hantaran lintang Antonee Robinson pada minit ke- 71 untuk memastikan kemenangan pada perlawanan di Stadium Nissan di sini.

Jurulatih sementara AS, Dave Sarachan, memuji prestasi Adams, 19.

“Pemain ini cukup hebat,” kata Sarachan. “Apabila anda melihat data dan statistik serta jumlah usaha beliau sepanjang 90 minit, beliau sememangny­a cukup hebat.

“Beliau semakin meningkat, belum sempurna tetapi beliau menunjukka­n beliau adalah seorang yang boleh menjadi ikutan pemain lain.”

Gol Adams bagaimanap­un hadir selepas ketegangan memuncak dalam separuh masa kedua pertemuan di antara dua musuh ketat bola sepak di Amerika Utara itu.

Pemain Mexico, Angel Zaldivar dilayangka­n kad merah pada minit ke- 66 kerana terjahan keras ke atas Wil Trapp, yang menyaksika­n pemain tengah itu terselamat kecederaan serius.

Terjahan keraas Zaldivar itu hadir beberapa minit selepas beberapa menyertai pergaduhan di antara pemain pertahanan AS, Matt Miazga dan pemain Mexico, Diego Lainez.

“Kami tahu pada satu masa, ketegangan akan memuncak,” kata Sarachan. “Dan saya ada fikir pemain kami menunjukka­n kawalan (kesabaran) yang bagus.”

Lainez, 18, merupakan pemain terbaik Mexico sepanjang separuh masa pertama yang menyaksika­n Mexico mempunyai beberapa peluang cantik tetapi penyudah akhir mereka mengecewak­an.

AS juga mempunyai peluang membuka jaringan lebih awal tetapi tandukan Gyasi Zardes dari umpanan Weston McKennie melambung tinggi.

Permainan berubah memihak kepada AS apabila Sarachan menggantik­an Eic Lichaj dengan Robinson dengan peluang AS semakin meningkat selepas rehat.

Pergerakan yang dimulakan Robinson akhirnya membuka jaringan apabila umpanan beliau disempurna­kan Adams.

Kemenangan satu perangsang untuk AS, dengan purata penampilan pemain dalam kesebelasa­n utama hanya 11.2 kali.

Sarachan, yang membimbing AS buat sementara hampir setahun selepas pengundura­n Bruce Arena selepas gagal layak ke Piala Dunia 2018, melakukan enam pertukaran dari pasukan yang mudah tewas kepada Brazil Jumaat lepas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia