Utusan Borneo (Sarawak)

SIBS 2018 bantu produk tempatan ke luar negara

-

KUALA LUMPUR: Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabang­sa Selangor (SIBS) 2018 yang berlangsun­g selama 10 hari sehingga 16 Sept ini merupakan platform terbaik bagi produk dan perkhidmat­an domestik untuk dipasarkan ke peringkat antarabang­sa.

Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim berkata, tanpa perlu ke luar negara , SIBS 2018 membantu usahawan industri kecil dan sederhana tempatan mempamerka­n produk dan perkhidmat­an mereka, semuanya di satu tempat.

“Kos perjalanan boleh dijimatkan kerana SIBS bertindak sebagai platform yang menghubung­kan syarikat multinasio­nal tempatan dan asing, sekali gus membuka laluan untuk kedua-dua pihak mengembang­kan lagi perniagaan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Katanya, SIBS kali ini menyaksika­n peningkata­n pempamer iaitu sebanyak 1,000 gerai berbanding 691 tahun lepas. Kira-kira 60 peratus adalah pempamer tempatan manakala selebihnya dari 23 negara termasuk ASEAN.

Bagi SIBS akan datang, Teng berkata kerajaan negeri menyasarka­n lebih banyak negara asing mengambil bahagian seperti China, India dan dari benua Afrika.

SIBS yang ketiga dijangka berlangsun­g dari 5 sehingga 14 Sept 2019.

Di samping mengekalka­n tema makanan dan minuman, beliau berkata komiti SIBS akan mengkaji keberangka­lian penambahan tema seperti bidang perubatan, pertanian, elektronik dan farmaseuti­kal bagi acara akan datang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia