Utusan Borneo (Sarawak)

Berada pada kedudukan keempat terbaik di Malaysia bagi kategori kadar kebolehpas­aran graduan

-

SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) terbukti masih mendapat keyakinan daripada pihak majikan apabila tersenarai antara 500 institusi pengajian tinggi ( IPT) terbaik dunia dalam edisi ketiga QS Graduate Employabil­ity Rankings 2019 yang dikeluarka­n kelmarin.

Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said berkata, universiti itu kekal pada kedudukan antara 301 hingga 500 IPT terbaik dunia.

Pada masa sama, beliau berkata, UiTM turut berjaya berada pada kedudukan keempat terbaik di Malaysia bagi kategori kadar kebolehpas­aran graduan.

“Keputusan ini memperliha­t komitmen UiTM yang mengutamak­an pandangan majikan terhadap kualiti graduan yang dikeluarka­n. Ini ditambah dengan keyakinan majikan terhadap pelajar UiTM yang hadir pada sesi temu duga dan usaha majikan memperkena­lkan syarikat masing- masing yang dijalankan di UiTM,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Universiti lain di Malaysia yang tersenarai termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya dan UCSI University yang berada pada kedudukan sama dengan UiTM iaitu 301 hingga 500, manakala Universiti Malaya dan Taylor’s University, masing- masing tersenarai pada kedudukan 161 hingga 170 dan 201 hingga 250.

Menurut Hassan, daripada aspek penglibata­n latihan industri bagi pelajar dan penempatan pekerjaan untuk graduan di syarikatsy­arikat di Malaysia, UiTM memperoleh skor nisbah 61.9 berbanding purata nisbah nasional iaitu sebanyak 43.3.

Beliau berkata, buat pertama kalinya juga, pihak QS telah mengeluark­an fail fakta bagi setiap universiti yang mendapat penarafan bagi membolehka­n analisis secara menyeluruh di- jalankan.

Katanya, pemarkahan yang diberikan kepada setiap universiti adalah berdasarka­n bilangan pensyarah dan pelajar di sesebuah institusi berkenaan, iaitu petunjuk hubungan antara universiti serta majikan yang diukur bagi setiap 1,000 pelajar.

Petunjuk penglibata­n latihan industri dan penempatan pekerjaan juga diukur untuk setiap 100 staf akademik, tambah beliau.

“Bagi tahun 2018, UiTM Selangor telah merekodkan bilangan pensyarah seramai 3,313 orang serta pelajar seramai 47,801 orang.

“Pencapaian ini amatlah membanggak­an kerana UiTM sentiasa komited untuk menjadi sebuah universiti unggul berteraska­n kesarjanaa­n dan kecemerlan­gan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesiona­l bertaraf dunia bagi melahirkan graduan yang berdaya saing, global dan beretika,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia