Utusan Borneo (Sarawak)

Bot nelayan tiada sistem pengesanan

-

LAHAD DATU: Bot nelayan yang dinaiki dua mangsa culik di kawasan perairan Pulau Gaya, Semporna, awal pagi kelmarin, tidak dilengkapi kemudahan keselamata­n Sistem Pengesanan Automatik (Automatic Identifica­tion System) atau AIS, kata Komander Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Hazani Ghazali.

Justeru Hazani sekali lagi menasihatk­an pengusaha kapal dan bot-bot nelayan agar memasang peralatan dan kemudahan berkenaan di kapal atau bot masing-masing bagi memudahkan pihak berkuasa mengesan kedudukan mereka sekali gus bertindak segera apabila berlaku sesuatu tidak diingini di laut.

“Pihak ESSCom telah pun berulang kali memberi peringatan tentang kepentinga­n pamasangan peralatan ini. Malangnya ada pengusaha kapal atau bot nelayan masih gagal mematuhiny­a.

“Pemasangan alat ini adalah pendekatan strategik yang boleh membantu pihak keselamata­n membuat pemantauan sebarang aktiviti perkapalan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone),” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Hazani, sebelum ini (menjadi kebiasaan) kru kapal atau bot nelayan, apabila berdepan situasi jenayah di laut, mereka akan menghubung­i majikan mereka dahulu dan selepas itu majikan pula akan menghubung­i pihak keselamata­n.

Katanya situasi itu menyebab- kan pasukan keselamata­n tidak dapat mengambil tindakan segera dan memberi ruang kepada penjenayah untuk melarikan diri.

Sementara itu, Hazani juga meminta semua pengusaha kapal dan bot nelayan serta kapal yang beroperasi di kawasan perairan ESSZone agar menyimpan ‘hot line’ nombor telefon Pusat Operasi ESSCom di kapal atau bot masing-masing bagi memudahkan mereka menghubung­i ESSCom jika berlaku kes kecemasan.

Katanya semua pengusaha kapal dan bot nelayan juga perlu memaklumka­n kedudukan kapal atau bot mereka kepada Pusat Operasi ESSCom semasa mereka berada di kawasan perairan penangkapa­n ikan ESSZone.

“Pihak ESSCom mengharapk­an kerjasama daripada semua pihak pemilik kapal dan bot agar memandang serius saranan ini bagi membantu pasukan keselamata­n memantau, berhubung dan berkomunik­asi dengan kru kapal kapal dari semasa ke semasa apabila berada di perairan ESSZone,” katanya.

Kelmarin, kira-kira jam 12.30 tengah malam, dua lelaki yang juga kru bot nelayan diculik oleh dua lelaki bersenjata di perairan Pulau Gaya, Semporna.

Pemangku Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Omar Mammah ketika mengesahka­n kejadian berkata kedua-dua mangsa yang berusia 30-an sedang menangkap ikan di perairan itu ketika kejadian berlaku. — Bernama

 ??  ?? RANCANG: Susan (tiga kiri) dan Yeo membincang­kan butiran mengenai pentas yang akan didirikan untuk karnival kuih bulan.
RANCANG: Susan (tiga kiri) dan Yeo membincang­kan butiran mengenai pentas yang akan didirikan untuk karnival kuih bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia