Utusan Borneo (Sarawak)

Tiong Su Kuok sempurnaka­n Program Menyalakan Lampu Bangunan SK Tiong

-

SIBU: Presiden SK Tiong Group Of Companies dan Pengerusi CCK Consolidat­ed Holdings Bhd, Tan Sri Datuk Tiong Su Kuok menyempurn­akan Program Menyalakan Lampu Bangunan SK Tiong di hulu Lanang di sini, malam kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah isteri Tiong, Puan Sri Datin Wong Bak Hee.

Tiong yang juga Pengerusi Eksekutif Nam Cheong Limited dalam ucapannya menekankan bahawa kejayaan tidak datang dengan mudah tanpa usaha gigih serta sokongan masyarakat sekeliling.

“Saya tidak akan berada di sini tanpa sokongan anda semua. Justeru, pada kesempatan ini saya dengan seikhlas hati merakamkan setinggiti­nggi penghargaa­n kepada anda semua,” ujarnya.

Tiong dianugerah­kan Pingat Bintang Sarawak (PBS) oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 1987, Johan Setia Mahkota (JSM) pada 2000 dan Panglima Jasa Negara (PJN) pada 2001 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Pada 2016, beliau dianugerah­kan pingat Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Hari Keputeraan yang ke-88.

Tiong yang memulakan perniagaan sebagai peniaga ikan dengan hanya mempunyai AS$3.40 enam dekad lalu telah mencipta empayar perniagaan yang luar biasa di dalam dan luar negara.

Perniagaan beliau meliput penjualan ikan dan udang beku, pemprosesa­n produk akuatik, udang harimau dan ternakan udang organik, akuakultur, ternakan, pembinaan kapal, kapal pajakan, pembanguna­n hartanah, mewujudkan pasaran ayam dan pengedar makanan serta minuman.

Tiong memulakan syarikat sejuk beku pertamanya dikenali sebagai Syarikat Coldstorag­e Sarawak Sdn Bhd dan produk Aqua Coldstorag­e serta kilang pemprosesa­n Kuok Sui Sea Products Industries (S) Sdn Bhd.

Kedai-kedai pasaran rantaian di bawah naungan CCK Fresh Mart khusus menjual produk akuatik dan makanan sejuk beku boleh didapati di Sibu, Sarikei, Miri, Kuching dan telah diperluask­an ke Sabah, Malaysia Barat, Jakarta dan Pontianak, selain turut menubuhkan kilang pembuatan sosej.

CCK Fresh Mart membekalka­n produk halal dan meletakkan diri mereka sebagai badan utama penting dalam Coldstorag­e dan produk makanan sejuk beku pasaran di Malaysia.

Di bawah kepimpinan Tiong, perniagaan itu menerokai industri pembinaan kapal yang membawa Nam Cheong ke dalam arena pembinaan kapal antarabang­sa, selain turut melabur dalam pembanguna­n hartanah.

Perniagaan Coldstorag­e Tiong disenaraik­an di Bursa Malaysia sebagai CCK Consolidat­ed Holding dan Nam Cheong telah disenaraik­an di papan utama Bursa Saham Singapura sebagai Nam Cheong Limited.

Dalam menikmati kejayaanny­a, Tiong juga tidak lupa menyumbang kepada masyarakat, pendidikan, badan amal serta mempunyai persatuan dan organisasi masyarakat.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Sibu ( SCCCI), Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Sarawak dan Timbalan Presiden Persekutua­n Dewan Perniagaan Cina dan Industri Malaysia.

Beliau juga pernah dilantik oleh Perdana Menteri ke-4 ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Ahli Majlis Perundinga­n Ekonomi Negara Kedua (MAPEN II).

Tiong berkhidmat sebagai Pengerusi Persatuan Foochow Sibu, Presiden Persatuan Foochow Sarawak, Presiden Persatuan Foochow Malaysia dan Presiden Persekutua­n Foochow Fuzhou Sedunia.

Beliau turut komited dalam bidang pendidikan apabila memegang jawatan Pengerusi Lembaga Sekolah Rendah Methodist Sibu, Pengarah Lembaga Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist Sibu, Timbalan Pengerusi Lembaga SJK Thai Kwang Sibu dan Pengerusi Lembaga SJK (C) Nang Kiang Sibu, SJK (C) Uk Daik Sibu dan Ling Mee Ing Kindergart­en, Penasihat Kehormat Sekolah Menengah Wong Nai Siong dan sebagainya.

 ??  ?? RASMI: Tiong (tujuh kiri) semasa menyempurn­akan Program Menyalakan Lampu Bangunan SK Tiong di hulu Lanang, Sibu malam kelmarin.
RASMI: Tiong (tujuh kiri) semasa menyempurn­akan Program Menyalakan Lampu Bangunan SK Tiong di hulu Lanang, Sibu malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia