Utusan Borneo (Sarawak)

Selain dua pertuduhan buat penyata tidak betul di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967

-

KUALA LUMPUR: Peguam terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

Muhammad Shafee, 66, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram dan dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul tanpa menyatakan jumlah RM9.5 juta dalam penyata cukainya yang bertentang­an dengan Akta Cukai Pendapatan 1967.

Pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Muhammad Shafee didakwa telah melibatkan diri dengan pengubahan wang haram iaitu dengan menerima hasil daripada aktiviti haram, masing- masing berjumlah RM4.3 juta dan RM5.2 juta melalui dua keping cek AmIslamic Bank Berhad milik Mohd Najib Hj Abd Razak yang telah dimasukkan ke dalam dua akaun CIMB Bank Berhad milik tertuduh.

Muhammad Shafee dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, J2 & K1, Taman Tunku, Bukit Tunku dekat sini pada 13 Sept, 2013 dan 17 Feb, 2014.

Kedua- dua pertuduhan dikemukaka­n mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM5 juta dan penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua- duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut dua pertuduhan berkaitan Akta Cukai, tertuduh didakwa melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada akitiviti haram iaitu dengan membuat suatu penyata yang tidak betul yang bertentang­an dengan Perenggan 113( 1)( a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi Tahun Kewangan berakhir pada 31 Dis, 2013.

Bagi pertuduhan itu dia didakwa meninggalk­an pendapatan yang telah diterima pada 13 September, 2013 berjumlah RM4.3 juta dan pendapatan yang diterima pada 17 Feb, 2014 berjumlah RM5.2 juta melalui dua keping cek AmIslamic Bank Berhad milik Mohd Najib Hj Abd Razak yang dimasukkan ke dalam dua akaun CIMB Bank Berhad milik tertuduh, yang mana tertuduh dikehendak­i oleh Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk membuat penyata bagi pihak tertuduh.

Muhammad Shafee didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini pada 3 Mac, 2015, dan 29 Jun, 2015.

Pertuduhan dikemukaka­n mengikut Seksyen 4( 1)( a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFAPUA) yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutua­n dan peguam kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetuai pasukan pendakwaan yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar, Ahmad Akram Gharib dan Afzainizam Abdul Aziz.

Muhammad Shafee diwakili peguam Harvinder Singh, Chetan Jethwani, Datuk Hasnal Rezua Merican, Sarah Abishegan, Rahmat Hazlan dan Muhammad Farhan Muhammad Shafee. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSEDIA: Shafee ketika tiba di pekarangan Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadapi dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta dan dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, semalam.
— Gambar Bernama BERSEDIA: Shafee ketika tiba di pekarangan Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadapi dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta dan dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? DIBICARAKA­N: Ooi dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan mengedar dadah Methamphet­amine seberat 1,065,575 gram di alamat No 51, Jalan Perusahaan Jelutong, di sini pada pukul 4.40 petang, 31 Ogos lepas.
— Gambar Bernama DIBICARAKA­N: Ooi dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan mengedar dadah Methamphet­amine seberat 1,065,575 gram di alamat No 51, Jalan Perusahaan Jelutong, di sini pada pukul 4.40 petang, 31 Ogos lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia