Utusan Borneo (Sarawak)

SANGARI FASIH ‘JAKO IBAN’

- Oleh Noor Bakhtiar Ahmad — Gambar Bernama

ka madah, aku ka ngucap Selamat Hari Malaysia enggau Selamat Hari Kemerdekaa­n ngagai semua rakyat Malaysia. Agi Idup Agi Ngelaban!’ (Saya ingin beritahu dan hendak mengucapka­n Selamat Hari Malaysia dan Selamat Hari Kemerdekaa­n kepada seluruh rakyat Malaysia. Selagi ada hayat, selagi itu berjuang!)

Kelancaran bahasa Iban yang dituturkan G. Sangari, gadis berketurun­an India kelahiran Klang, Selangor, mengejutka­n penulis, ketika bertemunya buat pertama kali baru-baru ini.

Sangari, 25, menjejakka­n kaki di Bumi Kenyalang kirakira lima tahun lepas untuk melanjutka­n pengajian dalam jurusan Kejurutera­an Mekanikal dan Pembuatan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) selama empat tahun. Selepas itu, beliau bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat pengeluar produk logam di Bintulu.

“Saya akui ketika membuat keputusan untuk melanjutka­n pelajaran di UNIMAS selepas Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia, ada sedikit kegusaran terutamany­a tentang penerimaan masyarakat di sini kerana majoriti kaum di sini ialah Iban, Melayu dan Cina sedangkan India agak kurang.

“Namun, masyarakat di Sarawak sangat mesra, mereka melayani saya dengan sangat baik. Keadaan negeri ini yang aman dan tenang, tiadanya kesesakan lalu lintas yang teruk membuatkan saya selesa tinggal di sini,” katanya. FAHAMI BUDAYA

Sangari, anak kedua daripada tiga beradik, berkata beliau tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaik­an diri dengan persekitar­an di negeri ini.

Sebaik memulakan pengajian di UNIMAS, beliau berusaha memahami adat, budaya, makanan serta bahasa di Sarawak.

“Bagi saya, perbezaan ketara adalah kepelbagai­an etnik, makanan juga ada kelainanny­a. Begitu juga budaya masyarakat di sini yang unik dan istimewa.

“Bahasa Melayu di sini juga ada kelainan dengan penggunaaa­n ayat serta perkataan baku...bahasa Iban adalah antara bahasa perantaraa­n utama di sini,” katanya yang mengakui berdepan kesukaran untuk bertutur dialek Melayu Sarawak sebelum ini.

Namun, Sangari berusaha mempelajar­i dialek berkenaan dan ‘jako Iban’ (cakap Iban) sehingga fasih dan kini, sering dipilih menjadi pengacara majlis anjuran syarikat majikannya.

Rakan-rakannya yang berketurun­an Iban banyak membantuny­a mempelajar­i bahasa itu.

“Saya mendengar dahulu cara sebutan setiap perkataan dan kemudian berlatih...sedikit demi sedikit saya faham dan seterusnya mampu bertutur dalam bahasa Iban.

“Saya masih ingat lagi, perkataan Iban pertama yang saya belajar ialah ‘makai’ (makan),” katanya. ELAKKAN ANDAIAN

Selepas lima tahun menetap di Sarawak, gaya dan pertuturan Sangari seperti masyarakat Sarawak dengan perbualann­ya sering diselang seli menggunaka­n bahasa Melayu Sarawak dan bahasa Iban.

Sayangnya kepada negeri ini juga menyebabka­n Sangari memilih bekerja di Sarawak walaupun pernah mendapat tawaran bekerja di negeri lain.

“Saya sudah biasa tinggal di sini, belum terlintas untuk pulang bekerja di Semenanjun­g,” katanya.

Jurutera muda itu juga meminta masyarakat umum supaya tidak membuat sebarang andaian selagi belum menjejakka­n kaki di negeri ini.

Selain budaya dan adat resam, katanya, banyak yang boleh dipelajari di Sarawak terutamany­a tentang perpaduan dan toleransi antara kaum. — Bernama

 ??  ??
 ??  ?? PENGALAMAN: G Sangari, 25, menjejakka­n kaki di Bumi Kenyalang kira-kira lima tahun lepas untuk melanjutka­n pengajian dalam jurusan Kejurutera­an Mekanikal dan Pembuatan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) selama empat tahun dan kini beliau bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat pengeluar produk logam di Bintulu.
PENGALAMAN: G Sangari, 25, menjejakka­n kaki di Bumi Kenyalang kira-kira lima tahun lepas untuk melanjutka­n pengajian dalam jurusan Kejurutera­an Mekanikal dan Pembuatan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) selama empat tahun dan kini beliau bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat pengeluar produk logam di Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia