Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu Grab didakwa tipu juruteknik mesin ATM, serah peti berisi wang lebih RM300,000

-

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu Grab mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menipu dua juruteknik mesin pengeluara­n wang automatik (ATM) untuk menyerahka­n empat peti yang mengandung­i wang tunai berjumlah lebih RM300,000.

Mohd Sofi Abdul Rahman @ Yusoff, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin.

Tertuduh bersama- sama dua yang telah dituduh di mahkamah, didakwa menipu Muhammad Syafirudde­en Huzmi@Hazmi dan Muhammad Kamil Azhar Nordin kedua-duanya berumur 23 tahun dengan cara menggunaka­n keyakinan dan percakapan sehingga mangsa menyerahka­n empat peti yang berisi wang tunai berjumlah RM337,550.

Sekiranya mereka tidak diperdayak­an sedemikian barang itu tidak diserahkan kepada tertuduh.

Bapa anak empat itu didakwa melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Kuchai Lama di sini antara jam 9 malam dan 11 malam, 8 Jun 2018 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda,jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norashikin Ibrahim menawarkan ikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanap­un, Mohd Sofi yang diwakili peguam Jason Wee memohon jaminan RM10,000 atas alasan anak guamnya penanggung tunggal keluarga serta mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri dua bulan sekali di balai polis berdekatan dan menetapkan 7 Okt untuk sebutan semula kes. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia