Utusan Borneo (Sarawak)

Orang ramai dijemput sertai Larian Amal KLT 2018 pada 10 Nov

-

SIBU: Kolej Laila Taib (KLT) menjemput orang ramai untuk mengambil bahagian dalam Larian Amal KLT 2018 pada 10 November di kampus KLT, Persiaran Brooke.

Ahli jawatankua­sa Allen Lipan berkata, pihak penganjur menyasarka­n penyertaan seramai 600 peserta pada acara larian amal.

“Kita berharap dapat mengutip dana RM15,000 untuk Pertubuhan Parkinson Sibu (SPS),” jelasnya ketika ditemui pemberita di kampus KLT, semalam.

Allen berkata, larian amal yang terbuka kepada semua warganegar­a Malaysia dan bukan warganegar­a itu dibahagika­n kepada tiga kategori iaitu lelaki dan wanita terbuka untuk larian 13 kilometer dan ‘fun run’ untuk larian enam kilometer.

“Pendaftara­n RM60 dikenakan untuk mereka yang mendaftar kategori lar- ian lelaki dan wanita terbuka, manakala RM50 untuk kategori fun run. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 5 Oktober ini,” ujarnya.

Menurutnya, johan bagi kategori lelaki dan wanita ter- buka bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM300, naib johan dan pemenang tempat ketiga masing-masing mendapat RM200 dan RM100.

“Peserta yang berjaya me- namatkan larian mereka akan mendapat e-sijil penyertaan dan medal,” katanya.

Allen berkata, mereka yang berminat mendaftar boleh menghantar borang penyertaan yang lengkap dan bayaran pendaftara­n di kampus KLT atau pendaftara­n atas talian https://kltcharity­run. wixsite.com/2018 dan membayar serta e-mel slip pembayaran kepada kltclubs@ klt.edu.my atau WhatsApp kepada 016-3809818.

Bayaran dibayar ke atas KLT Clubs untuk RHB Bank (2-11324-0001172-5).

“Upacara pelepasan peserta larian pada jam 6.30 pagi dan peserta perlu berada di lokasi pada jam 6 pagi untuk tujuan pendaftara­n,” ujarnya.

Hadir sama pada sidang media ialah Penolong Setiausaha SPS Wong Peng Hua, bendahari Ling Mei Ling dan ahli jawatankua­sa SPS Wong Meng Chuo.

 ??  ?? SERTAI KAMI: ( Dari kiri) Wong Peng Hua, Ling Mei Ling, Wong Meng Chuo dan Allen merakam kenangan selepas sidang media Larian Amal KLT 2018.
SERTAI KAMI: ( Dari kiri) Wong Peng Hua, Ling Mei Ling, Wong Meng Chuo dan Allen merakam kenangan selepas sidang media Larian Amal KLT 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia