Utusan Borneo (Sarawak)

Futsal lelaki: Melaka bantu Sarawak mara ke suku akhir

-

IPOH: Kemenangan kedua diperolehi Melaka ketika membenam Kedah dengan 3- 2 membolehka­n skuad futsal lelaki Sarawak berjaya mara ke peringkat suku akhir temasya Sukan Malaysia (SUKMA XIX) di sini semalam.

Keputusan tersebut memberi nafas lega kepada pasukan Sarawak terpaksa ‘menunggu’ selama dua hari ekoran kekalahan (4-2) ketika menentang Kedah pada aksi kedua peringkat kumpulan sebelum ini.

“Lega...apabila kita akhirnya berjaya mara ke peringkat suku akhir. Memang pada dasarnya kita mengharapk­an keputusan seri pertemuan Melaka dan Kedah hari ini (semalam).

“Bagaimanap­un, Melaka berjaya mencatat kemenangan (3-2) dan menyaksika­n slot ke suku akhir sah milik Sarawak,” kata ketua jurulatihn­ya, Ahmad Media Sharkawi ketika mengulas mengenai kedudukan pasukan Sarawak semalam.

Keputusan itu ternyata memberi sedikit kegembi- raan kepada anak-anak buah Ahmad Media dan berazam bersiap sedia menghadapi lapan pasukan terbaik.

“Lawan Sarawak di peringkat suku akhir masih belum dipastikan sama ada Terengganu atau Pahang. Kami tidak mahu memikirkan lawan terlebih dahulu sebaliknya fokus akan strategi bakal diguna pakai,” katanya.

Aksi suku akhir acara futsal lelaki bermula Isnin ini (17 September).

Jelas beliau, saingan peringkat kalah mati nyata berbeza dan memerlukan ketelitian jurulatih merancang strategi terbaik untuk pasukannya.

 ??  ?? GEMBIRA: Skuad futsal lelaki berjaya mara ke peringkat suku akhir setelah Melaka membenam Kedah 3-2 semalam.
GEMBIRA: Skuad futsal lelaki berjaya mara ke peringkat suku akhir setelah Melaka membenam Kedah 3-2 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia