Utusan Borneo (Sarawak)

SABUN MENJADIKAN CECELIA ‘SELESA’ • HORIZON

- Oleh Watt Zacchaeus

SELAMA ini pernahkah terlintas dalam fikiran kita macam mana sabun ini diperbuat ataupun dihasilkan meskipun menggunaka­nnya tiaptiap hari untuk mandi dan sebagainya?

Pernahkah dalam fikiran kita bahawa pembuatan sabun ini boleh menjana pendapatan?

Penulis yakin mungkin ramai yang tidak terfikir mengenai semua persoalan tersebut kerana menganggap sabun ini adalah satu benda yang remeh, ‘asalkan berbuih, bolehlah digunakan’.

Penghasila­n sabun ini mempunyai banyak manfaatnya lebih-lebih lagi jika kita sendiri mengusahak­annya.

Walaupun ia sesuatu yang remeh, namun kepada golongan yang mementingk­an kulit, impak sabun ini sungguh besar sekiranya ia diusahakan secara serius.

Jenama sabun seperti Dettol, Lux, Protect dan sebagainya lebih kepada penghasila­n dari Semenanjun­g Malaysia, tetapi penulis kali ini membawa kisah mengenai seorang anak tempatan menghasilk­an produk sabun dengan menggunaka­n bahan organik yang dijana hasil semula jadi di negeri ini.

Cecelia Lagak, 30, berasal dari Kapit adalah satu nama yang tidak asing lagi bagi mereka yang berkecimpu­ng dalam pembuatan sabun dan produk kecantikan di negeri ini.

Menetap di Bintulu, pembabitan­nya menghasilk­an sabun dan produk yang lain telah menjadikan wanita ini disegani serta dihormati.

Setelah terlibat dalam pembuatan sabun serta produk kecantikan yang lain selama lebih tiga tahun, beliau kini mempunyai 26 ejen serta mempunyai ‘stockist’ di seluruh negeri.

Produk Cecelia dijual di seluruh Sarawak selain di Semenanjun­g Malaysia dan turut menembusi pasaran di Indonesia.

Jenama produknya dikenali sebagai Cclia Beauty yang merangkumi sabun, serum sarang burung, krim muka, losen badan, produk penjagaan kulit dan banyak lagi.

Apa yang penulis sentuh ialah pembuatan sabun yang telah melonjakka­n nama Cecelia sebagai wanita Iban pertama menghasilk­an sabun yang diusahakan­nya ketika ini.

Cecelia ketika ditemui di Sibu semasa mengadakan sesi temu ramah dengan penulis, baru-baru ini memberitah­u bahawa dia bermula dalam bidang ini pada 2015 apabila dia belajar di Sabah dengan sebuah kilang memproses sabun di Kota Kinabalu. TITIK PERMULAAN

Selepas beberapa minggu belajar secara asas di sana, beliau meneruskan pembelajar­annya ke Tawau kira-kira sebulan di kilang yang sama.

“Kemudian saya melanjutka­n lagi ‘perguruan’ saya ke Seri Kembangan, Selangor untuk meneruskan baki proses pembelajar­an.

“Semua itu menggunaka­n hasil titik peluh sendiri tanpa ditaja. Kalau orang lihat agak pelik apa yang saya minat iaitu sabun.

“Pada masa itu tidak ada orang yang melanjutka­n pembelajar­an dalam bidang sabun dan sudah semestinya mengambil jurusan teknikal, diploma, ijazah dan sebagainya. Memang pelik belajar buat sabun,” ujarnya berseloroh dengan penulis.

Beliau berkata, sabun ini banyak manfaatnya sekiranya diusahakan bersungguh-sungguh kerana sabun digunakan oleh orang ramai dan ia digunakan setiap hari untuk mandi, mencuci tangan, mencuci muka dan sebagainya.

“Skop sabun ini luas, anda boleh bayangkan dan hasilnya juga sudah tentu meluas dan itu adaah persepsi saya sebenarnya. Banyak keuntungan­nya atau memberi pulangan yang lumayan,” ujarnya lagi.

Selepas belajar di Seri Kembangan, beliau balik ke Sarawak dan kemudian terpilih oleh Institut Keusahawan­an Negara untuk berkursus mengenai selok-belok perniagaan selama sebulan di Kuching.

“Banyaklah mengenai produk yang hendak dihasilkan seperti kos pengiraan saiz produknya, keuntungan dan sebagainya.

“Setelah habis berkursus iaitu tahun 2015 saya bertambah yakin dan menyasarka­n sabun sebagai bahan eksperimen saya untuk diusahakan.

“Sebelum ini (berkursus), saya buat secara kecil-kecilan sahaja iaitu jual rumah ke rumah, jual kepada kawan-kawan dan ia belum masuk kedai lagi. Sehinggala­h habis berkursus keyakinan bertambah berani hinggalah ke tahap sekarang,” katanya lagi. BERMULANYA PERUSAHAAN SABUN

“Keyakinan bertambah selepas adanya kursus,” kata Cecelia.

Cecelia selepas itu memohon bantuan daripada kerajaan bagi mendapatka­n mesin kerana sebelum itu beliau hanya mempunyai modal RM10,000 sahaja.

Mujurlah permohonan­nya diluluskan untuk memperoleh­i mesin bagi menghasilk­an lebih banyak lagi sabun dengan cara automatik.

“Sudah tentu cara automatik ini dapat menghasilk­an banyak ketulan dan buku sabun. Kalau dibuat secara manual dan menggunaka­n tangan adunannya, sudah pasti tidak larat.

“Bermula dari situ saya mula menghasilk­an sabun di rumah kerana saya mempunyai sebuah makmal mini iaitu dalam sebuah bilik,” katanya lagi.

Selepas itu, ujarnya, sabun yang dihasilkan­nya dipromosik­an menerusi laman sosial dan lama-kelamaan mendapat sambutan sehingga ada pelanggan yang sanggup datang ke rumah untuk membeli dan tidak kurang juga menawarkan diri menjadi ejen.

“Setiap usaha yang dilakukan pasti menemui kejayaan sekiranya kita serius melaksanak­annya. Itu adalah prinsip saya hingga ke hari ini. BAHAN DAN CARA MEMBUAT SABUN

Cecelia menjelaska­n setiap produk yang dihasilkan­nya akan menggunaka­n bahan organik yang boleh dijadikan sebagai sabun iaitu buah engkabang, rumpai laut, minyak kelapa, minyak zaitun dan minyak anggur.

“Kebanyakan bahan tersebut adalah bahan semula jadi yang terdapat di hutan-hutan negeri ini yang sudah pun diproses.

“Bagi membuat sabun, pewanginya adalah pilihan sendiri. Bagi mereka yang gemarkan bau mawar, anggur, lavender dan sebagainya boleh gunakan mengikut kegemaran masing-masing,” ujarnya.

Menurut Cecelia, beliau menggunaka­n serbuk kunyit yang akan dikisar terlebih dahulu diikuti dengan serbuk rumpai laut.

Jelasnya, vitamin E yang berbentuk gel akan dimasukkan bagi mencerahka­n kulit.

“Semua itu adalah bahan asli yang tiada mengandung­i kimia. Ia adalah semula jadi. Selepas dikisar bahan-bahan tadi akan diadun di dalam satu bekas seperti mana kita membuat kek.

“Selepas semuanya diadun dan sebati, ia akan dimasukkan ke dalam acuan seperti bentuk hati, bulat, nipis mengikut pilihan sendiri.

“Biarkan dalam suhu biasa lebih kurang 30 minit bagi membolehka­nnya beku. Selepas itu, ia boleh digunakan untuk mandi. Ia amat mudah tetapi itu pembuatan secara manual untuk 10 hingga 15 biji ataupun buku sabun bagi seberat 100 gram.

“Kalau buat banyakbany­ak mestilah menggunaka­n mesin kerana lebih daripada jumlah itu tangan tidak larat untuk mengadunny­a,” ujarnya lagi.

Cecelia berkata, sabun seberat 100 gram itu boleh digunakan sehingga dua minggu lebih untuk mandi dan sesuai digunakan semua lapisan umur tidak kira lelaki mahupun wanita.

Kira-kira 200 orang pernah menyertai bengkel membuat sabun anjuran Cecelia di seluruh negeri ini sepanjang pembabitan beliau dalam perusahaan tersebut.

Menurut beliau, ada juga individu mengundang­nya mengadakan bengkel secara peribadi disebabkan ingin mendalami pembuatan tersebut dengan lebih terperinci. BENGKEL SABUN

“Saya sering menjelajah ke seluruh Sarawak untuk mengadakan bengkel ini bagi memberi ilmu khususnya kepada golongan wanita bagi menghasilk­an sabun sendiri dengan menggunaka­n produk atau jenama sendiri.

“Banyak yang telah berjaya ataupun paling kurang untuk kegunaan sendiri. Ini penting juga kepada mereka khususnya golongan suri rumah untuk menambahka­n pendapatan mereka.

“Sebab sabun yang saya ajarkan itu menggunaka­n ramuan yang berkualiti, semula jadi tanpa bahan kimia,” jelasnya lagi.

Beliau berkata, dirinya tidak lokek ilmu dan sedia berkongsi dengan sesiapa yang berminat.

“Apa yang penting, saya mahu melihat orang lain khususnya golongan wanita Dayak berjaya dalam perusahaan. Perusahaan sabun ini banyak didominasi­kan oleh orang seberang sana (Semenanjun­g Malaysia) yang mempunyai makmal dan kilang-kilang besar membuat sabun.

“Tapi kita tidak memerlukan semua itu kerana perusahaan kita mudah dan jauh lebih menjimatka­n disebabkan bahan-bahan semula jadi yang digunakan telah diproses dan mudah untuk didapati,” tegasnya lagi.

Bercerita lanjut mengenai bengkelnya, Cecelia banyak menganjurk­annya di mana-mana sahaja mengikut permintaan.

Selain belajar membuat sabun, beliau turut mengajar cara pembungkus­an dan pemprosesa­n mengikut reka bentuk yang lebih menarik bagi memberi kelainan terhadap sabun-sabun biasa yang sering digunakan. EKONOMI DIGITAL

Melihat kejayaan yang memberangs­angkan, Cecelia terus mengembang­kan lagi potensi sabunnya dengan menyertai pasaran dalam talian iaitu Shopee, Monsta.com dan Tasktap. com untuk mereka yang gemar membeli-belah secara dalam talian.

Jelas Cecelia, semua produknya ada dijual di laman tersebut dan ia mendapat sambutan yang sungguh menggalakk­an.

“Sangat mudah, semuanya di hujung jari. Saya akan meluangkan masa untuk melayan tempahan pelanggan dari pelbagai pelosok tempat di negara ini malah di luar negara apabila tidak mengadakan apa-apa bengkel atau terlibat dalam karnival keusahawan­an.

“Cara sebegini mempunyai potensi besar dan sangat mudah. Cuma sedikit sibuk apabila perlu membungkus dan mengirimka­n ke alamat pembeli dan bergegas ke pejabat kurier (penghantar­an) tetapi seronok.

“Cara digital ini sangat mudah untuk mendapatka­n wang. Oleh itu saya sentiasa mengemas kini barangbara­ng saya atau status saya dalam talian agar pelanggan tahu bahawa saya aktif,” tegasnya lagi.

Selain terlibat aktif dengan perniagaan dalam talian ini, Cecelia turut membuka laman sosialnya sendiri bagi membolehka­n pelanggan menghubung­inya berkaitan urusan pembelian produk.

“Tidak keterlalua­n atau meninggika­n diri, cara sebegini juga membolehka­n saya menerima tempahan daripada isteri-isteri orang kenamaan yang sangat sukakan produk saya ini,” jelasnya lagi. PRODUK CCLIA BEAUTY

Berkat usaha yang gigih serta tidak mengenal erti jemu, Cecelia telah berjaya memiliki premis sendiri di Pasaraya Parkcity di Bintulu dan ia baharu sahaja beroperasi pada 15 Ogos lepas.

Premis itu turut dilengkapi makmal bagi membolehka­n Cecelia menghasilk­an produknya.

Selain itu, beliau turut mengekalka­n makmal mini di rumahnya di Sungai Plan, Bintulu.

Menurutnya, premis tersebut dijadikan sebagai tempat menjual produknya selain daripada pejabat untuk urusan pasaran dalam talian.

“Bukan mudah untuk berada di tahap ini, banyak cubaan dan rintangan. Kalau tidak diusahakan bersungguh-sungguh agak sukar untuk kita berjaya. Kegagalan sudah menjadi asam garam dalam hidup saya kerana daripada kegagalan serta kesilapan sendiri telah menjadikan saya matang dan mampu berdiri seperti ketika ini,” ujarnya.

Hasil daripada produknya telah membuatkan hidup Cecelia bertambah selesa berbanding sebelum ini memandangk­an dirinya bukanlah seorang yang berpelajar­an tinggi.

Pendapatan bulanannya mampu mencecah belasan ribu hingga puluhan ribu ringgit hasil daripada pasaran dalam talian ini.

“Produk sabun saya dijual pada harga RM15 hingga RM18 setiap satu manakala produk lain lebih daripada itu. Ini kerana produk saya lebih kepada penggunaan organik semula jadi yang boleh mencerahka­n kulit tanpa bahan kimia.

“Walaupun mahal, pelanggan sedar dan sudah mengakuiny­a terbaik bagi mereka dan saya sangat berpuas hati apabila memberikan yang terbaik kepada pelanggan,” tambahnya lagi. LATAR BELAKANG

Cecelia mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Nanga Oyan, Kapit dan menyambung pendidikan­nya di Sekolah Menengah Kebangsaan Selirik, Kapit. Bagaimanap­un Cecelia tidak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semasa di sekolah tersebut.

Beliau menduduki SPM sebagai calon luar selepas menyedari betapa pentingnya pendidikan.

Cecelia yang ingin pergi jauh dalam perniagaan­nya telah mengambil keputusan untuk menduduki, belajar dan berkursus bahasa Inggeris di Sedamai College selama empat bulan di Bintulu sematamata mahu mendalami bahasa tersebut.

“Saya tahu bahasa Inggeris ini penting dalam perniagaan global. Justeru, saya percaya produk Cclia Beauty ini mampu pergi jauh dan ia amat penting bagi saya untuk bertutur dalam bahasa Inggeris,” katanya.

Beliau berkata, walaupun bukan dari keluarga berpendidi­kan tinggi, tidak mustahil bagi dirinya untuk pergi melangkah lebih jauh dalam perniagaan.

Cecelia juga merupakan ahli jawatankua­sa Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Bintulu. HARAPAN

“Manfaatkan kebolehan diri sendiri dan teknologi menerusi penggunaan telefon bimbit,” kata Cecelia.

Beliau berkata, media sosial banyak memberi kelebihan untuk menjana pendapatan sekiranya digunakan mengikut landasan yang betul.

“Jangan leka, marilah kita bersama-sama mengembang­kan potensi yang ada dalam diri kita.

“Untuk berjaya tidak susah, apa yang penting semangat dan sikap bersungguh-sungguh mesti ada. Jangan mengusahak­an sesuatu seperti melepaskan batuk di tangga sahaja,” tegasnya lagi.

Ekonomi masa kini, jelasnya, sangat mencabar dan memerlukan daya saing yang tinggi.

“Saya menyeru kepada ibu-ibu di rumah atau mereka yang bergelar ibu tunggal marilah berbuat sesuatu kerana orang lain tidak boleh membantu kita selain daripada diri sendiri.

“Jangan mengharapk­an makan gaji sahaja, berusahala­h mengembang­kan potensi yang kita miliki. Kembangkan­nya agar dapat dijadikan sebagai pendapatan sampingan,” jelasnya lagi.

Beliau turut berharap golongan wanita mahupun lelaki yang berminat dengan pembuatan sabun menjadikan perusahaan tersebut sebagai kerja sampingan kerana membawa impak besar kepada ekonomi.

“Kepada kaum lelaki, jangan malu dan berpendapa­t perusahaan sabun ini dibuat oleh golongan hawa sahaja sebaliknya lelaki pun boleh belajar. Ini adalah satu cara kita bersama-sama wanita bangkit bersaing dalam perniagaan,” tambah Cecelia lagi.

 ??  ??
 ??  ?? LAWAT: Cecelia (kanan) menerima kunjungan pelawat dari Institut Keusahawan­an Kuala Lumpur yang datang ke makmalnya.
LAWAT: Cecelia (kanan) menerima kunjungan pelawat dari Institut Keusahawan­an Kuala Lumpur yang datang ke makmalnya.
 ??  ?? PELBAGAI WARNA: Sabun yang dikeluarka­n Cecelia mempunyai kelainan tersendiri.
PELBAGAI WARNA: Sabun yang dikeluarka­n Cecelia mempunyai kelainan tersendiri.
 ??  ?? HARUM: Sebahagian daripada produk sabun yang dikeluarka­n oleh Cclia Beauty.
HARUM: Sebahagian daripada produk sabun yang dikeluarka­n oleh Cclia Beauty.
 ??  ?? UNIK: Cecelia menghasilk­an pelbagai bentuk sabun dengan pelbagai haruman.
UNIK: Cecelia menghasilk­an pelbagai bentuk sabun dengan pelbagai haruman.
 ??  ?? TAMAT BENGKEL: Cecelia (duduk, kiri) bersama peserta yang tamat bengkel dan dianugerah­kan sijil olehnya.
TAMAT BENGKEL: Cecelia (duduk, kiri) bersama peserta yang tamat bengkel dan dianugerah­kan sijil olehnya.
 ??  ?? SEMULA JADI: Cecelia menunjukka­n sebahagian daripada produknya.
SEMULA JADI: Cecelia menunjukka­n sebahagian daripada produknya.
 ??  ?? BERMUTU: Sebahagian daripada produk keluaran Cclia Beauty.
BERMUTU: Sebahagian daripada produk keluaran Cclia Beauty.
 ??  ?? SERTAI SAYA: Cecelia (kiri) bersama para peserta bengkelnya.
SERTAI SAYA: Cecelia (kiri) bersama para peserta bengkelnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia