Utusan Borneo (Sarawak)

Lori angkut sawit berlebihan di Jalan Miri-Marudi dipantau: JPJ

Dua lori disaman dalam Operasi Kenderaan Berat pada 14 September lalu

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) giat memantau pergerakan kenderaan berat komersial di Jalan Miri-Marudi yang didakwa mengangkut sawit secara berlebihan.

Ketua Unit Operasi JPJ Cawangan Miri Morsidi Rosli berkata, hasil aduan orang ramai berkenaan lori- lori sawit yang disyaki lebih muatan, Ahli Dewan Undangan Rakyat ( ADUN) Marudi Datu Dr Penguang Manggil memohon pihaknya untuk mengadakan pemantauan di jalan tersebut.

Beliau berkata, lanjutan itu pihaknya mengadakan operasi pada 14 September bermula jam 10 pagi hingga 2.30 petang.

“Hasil operasi tersebut, dua lori telah disaman atas kesalahan membawa muatan secara berbahaya iaitu muatan melebihi aras pa- gar, muatan lebih panjang, tidak ditutup dan kesalahan tidak membawa permit asal,” katanya selepas Operasi Kenderaan Berat di Jalan Miri-Marudi kelmarin.

Operasi berkenaan turut melibatkan turut melibatkan enam anggota JPJ yang lain.

Morsidi menambah, pihak JPJ akan melakukan operasi, siasatan, risikan dan pemantauan kenderaan berat dari semasa ke semasa termasuk menjalanka­n Ops Tutup pada

Hasil operasi tersebut, dua lori telah disaman atas kesalahan membawa muatan secara berbahaya iaitu muatan melebihi aras pagar, muatan lebih panjang, tidak ditutup dan kesalahan tidak “membawa permit asal. Morsidi Rosli Ketua Unit Operasi JPJ Cawangan Miri

bulan ini dengan menyasarka­n kepada lori-lori lebih muatan dan yang melanggar undang-undang APJ 1987.

 ??  ?? PANTAU: JPJ Cawangan Miri mengadakan Operasi Kenderaan Berat di Jalan Miri-Marudi bagi memantau kenderaan yang membawa lebih muatan.
PANTAU: JPJ Cawangan Miri mengadakan Operasi Kenderaan Berat di Jalan Miri-Marudi bagi memantau kenderaan yang membawa lebih muatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia