Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki Bangladesh ditahan cabul pelancong UK

-

GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki warga Bangladesh kerana mencabul seorang pelancong wanita warga United Kingdom (UK) dalam kejadian di tepi jalan Lebuh Acheh, di sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata dalam kejadian jam 8.45 malam itu, mangsa yang juga seorang peguam berusia 33 tahun diraba lelaki berkenaan ketika wanita tersebut sedang berjalan di kawasan itu.

“Mangsa kemudianny­a menjerit meminta tolong dan suspek yang berusia 38 tahun itu terkejut serta cuba melarikan diri namun tindakan pantas seorang lelaki tempatan yang berada di situ telah berjaya menahan suspek,” katanya di sini semalam.

Katanya wanita itu datang ke Pulau Pinang pada Rabu lepas dan dia juga mendakwa kejadian itu adalah kali kedua berlaku kerana mangsa pernah diraba di dada ketika melancong di Sri Lanka.

Beliau berkata hasil pemeriksaa­n mendapati lelaki Bangladesh itu bekerja sebagai buruh binaan dan dokumen perjalanan serta permit kerjanya juga telah tamat tempoh.

Sementara itu, dalam perkembang­an lain Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata polis menahan seorang lelaki berusia 34 tahun kerana terlibat dalam kegiatan curi motosikal di sekitar daerah Seberang Perai Tengah.

Katanya, lelaki itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Perwira, Bukit Mertajam jam 11.45 malam tadi dan polis turut merampas sebuah motosikal yang dipercayai dicuri suspek baru-baru ini.

“Motosikal yang menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu itu dilaporkan hilang di Tasek Mutiara dan suspek menyimpan di dalam stor untuk dijual kepada pembeli dengan harga lebih murah berbanding harga pasaran,” katanya.

Beliau berkata polis turut merampas syabu bernilai RM150, botol kaca yang diubah suai untuk menghisap dadah dan pemetik api yang turut diubahsuai bersama lelaki itu.

“Lelaki yang positif dadah itu tidak bekerja dan terlibat dalam kegiatan curi motosikal sejak beberapa bulan lepas, siasatan juga mendapati suspek meleraikan komponen motosikal sebelum menjualnya kepada geng mat rempit,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia