Utusan Borneo (Sarawak)

‘Geng Bangau’ aktif samun ditahan

-

BALIK PULAU: Polis Pulau Pinang menumpaska­n ‘Geng Bangau’ yang menyamar sebagai pegawai polis atau imigresen sebelum menyamun dan merompak mangsa selepas menahan empat lelaki dalam dua serbuan dekat sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A. A. Anbalagan berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, polis menahan dua lelaki pada 8 September lepas Taman Bukit Juru, Bukit Mertajam sebelum menangkap dua lagi rakan mereka pada Rabu lepas di George Town.

“Hasil siasatan mendapati empat lelaki termasuk seorang warga Indonesia berumur 22 hingga 34 tahun itu terlibat dalam kegiatan jenayah samun serta rompak membabitka­n warga asing di Pulau Pinang.

“Modus operandi mereka adalah menyamar sebagai pegawai polis atau imigresen sebelum memeras ugut, menyamun atau merompak warga asing dengan mengambil wang serta barang berharga milik mangsa,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, geng itu bergerak aktif sejak awal tahun ini di seluruh negeri dan siasatan mendapati mereka terlibat dua kes samun di Barat Daya melibatkan kawasan Batu Maung dan Teluk Kumbar baru- baru ini serta membabitka­n kerugian lebih RM20,000, selain lebih lima kes di daerah lain.

“Polis turut merampas sebuah kereta dan lima telefon bimbit daripada mereka. Dua daripadany­a mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah,” katanya.

Katanya orang ramai terutama warga asing yang pernah menjadi mangsa geng itu diminta tampil di mana-mana balai polis bagi menyalurka­n maklumat dan membantu siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia