Utusan Borneo (Sarawak)

Isu dibincang bersama Loke yang bersetuju timbang buka semula laluan tersebut: KM

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyambut baik langkah kerajaan persekutua­n untuk mengkaji semula laluan perkhidmat­an udara luar bandar (RAS) di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patingi Abang Johari Tun Openg berkata, beliau telah membincang­kan isu RAS dengan Menteri Pengangkut­an Anthony Loke dan bersetuju dengan cadangan untuk membuka semula laluan tersebut.

“Kita sudah sekian lama memohon agar laluan RAS di Sarawak diteliti semula dan kita gembira kerana Loke telah bersetuju untuk menyemakny­a semula.

“Bagaimanap­un, bagi kita biarlah perkhidmat­an itu dihadkan kepada laluan RAS yang asal seperti ke Bario, Ba’ Kelalan, Marudi, Baram, Long Seridan, Marudi dan sebagainya.

“Manakala bagi laluan bandar seperti Sibu ke Kota Kinabalu, Sibu ke Kuching, Miri ke Sibu dan sebagainya tidak harus diletakkan di bawah RAS tetapi dibukakan kepada syarikat penerbanga­n komersial yang dipersetuj­ui

Kita sudah sekian lama memohon agar laluan RAS di Sarawak diteliti semula dan kita gembira kerana Loke telah bersetuju untuk menyemakny­a semula. Datuk Patingi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

oleh Loke,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melancarka­n Program ‘World Clean Up Day’ di Kampung Masjid di sini, semalam.

Turut hadir Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan ( MBKS) Datuk James Chan.

Ditanya mengenai penerbanga­n terus dari Kuching ke Jakarta, Abang Johari menyerahka­n perkara itu kepada Loke untuk memikirkan­nya.

“Saya ada memberitah­u Loke, jika boleh mengapa kita tidak mengkaji kemungkina­n untuk menghubung­kan Kuching dan Jakarta kerana disebabkan pelanconga­n perubatan kita, mereka (pengunjung) datang menerusi Pontianak,” katanya sambil memberitah­u Loke bersetuju untuk melihat perkara itu.

Mengenai berapa jumlah penerbanga­n tersebut, Abang Johari berkata, ia belum dibincangk­an lagi.

“Biarlah Loke memikirkan perkara ini nanti,” katanya.

Pada Khamis lalu, Loke dalam lawatan kerja pertama beliau ke Sarawak sejak dilantik Menteri Pengangkut­an memaklumka­n kementeria­nnya akan membuka beberapa laluan RAS di negeri ini kepada laluan komersial.

Menurut Loke, sektor pengangkut­an udara merupakan salah satu sektor penting di Sarawak dan kerana itu, pihaknya akan bekerjasam­a dengan kerajaan negeri bagi membangunk­an sektor ini.

“Saya telah menyatakan secara umum kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bahawa kita akan membuka beberapa laluan RAS kepada laluan komersial yang melibatkan negeri ini dan kita yakin ia dapat dilaksanak­an menjelang tahun depan,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat di Pejabat Ketua Menteri di sini.

 ??  ?? TERTARIK: Abang Johari melihat gambar pembanguna­n sekitar kawasan Kampung Masjid pada pelancaran Program ‘World Clean Up Day’ di kampung itu, semalam.
TERTARIK: Abang Johari melihat gambar pembanguna­n sekitar kawasan Kampung Masjid pada pelancaran Program ‘World Clean Up Day’ di kampung itu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia