Utusan Borneo (Sarawak)

Golongan muda harap Sarawak terus nikmati pembanguna­n adil, saksama

-

KUCHING: Rakyat terutama golongan muda di negeri ini berharap Sarawak akan terus menikmati pembanguna­n yang adil dan saksama dalam Malaysia.

Kolvincore­n Jihem, 36, berkata, meskipun sudah bebas daripada penjajah, namun rakyat dan pemimpin memikul tanggungja­wab bersama untuk membangunk­an negara.

“Sambutan Hari Malaysia, 16 September bukan sekadar untuk kita memperinga­ti perjuangan pemimpin terdahulu yang telah berusaha untuk mencapai pembentuka­n sebuah negara bernama Malaysia.

“Tetapi, kita berharap sambutan Hari Malaysia akan menjadi pegangan kepada semua rakyat negara ini untuk sama-sama membangunk­an negara ini ke tahap yang lebih baik,” ujarnya.

Ditanya mengenai harapannya untuk Malaysia terutama di bawah pemerintah­an baharu pusat, Kolvincore­n yang berasal dari Lundu berharap lebih banyak kemudahan disalurkan kepada rakyat khasnya belia.

Antaranya, perkhidmat­an Internet berkelajua­n tinggi serta kemudahan untuk usahawan muda memulakan serta mengembang­kan perniagaan mereka.

Sementara itu, Nurafikah Abu Hassan, 22, berkata sambutan Hari Malaysia memberi makna yang besar kepada rakyat di negara ini lebih-lebih lagi di Sarawak dan Sabah.

Tanpa Sarawak, tidak akan wujud Malaysia dan rakyat harus mengingati sejarah ini.

“Sempena sambutan Hari Malaysia tahun ini, kita berharap negeri kita Sarawak terus mencapai kemajuan setanding dengan rakanrakan kita di Semenanjun­g Malaysia.

“Sarawak harus menerima layanan yang sama adil dengan Semenanjun­g Malaysia bukan sahaja dari segi pembanguna­n tetapi juga peluang-peluang pekerjaan untuk golongan belia,” katanya yang merupakan penuntut Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Bagi Nursyuhaid­ah Shari, 25, pula, sambutan Hari Malaysia akan memperkuku­hkan lagi perpaduan dan keharmonia­n rakyat di negeri ini dan Malaysia amnya.

Nursyuhaid­ah yang berkhidmat sebagai penjawat awam berharap Sarawak akan terus maju bersama Malaysia yang dibentuk pada 1963.

 ??  ?? NURAFIKAH
NURAFIKAH
 ??  ?? KOLVINCORE­N
KOLVINCORE­N
 ??  ?? NURSYUHAID­AH
NURSYUHAID­AH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia