Utusan Borneo (Sarawak)

Sambutan Hari Malaysia harus diberikan pengertian lebih luas

-

MUKAH: Sambutan Hari Malaysia diraikan pada 16 September setiap tahun harus diberikan pengertian lebih luas terutamany­a bagi rakyat negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata peranan kedua- dua negeri iaitu Sabah dan Sarawak harus diberikan pengiktira­fan seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia ( MA63).

“Peranan kedua- dua negeri dalam pembentuka­n Malaysia perlu diiktiraf dengan sewajarnya selaras MA63,” katanya di sini semalam sempena sambutan Hari Malaysia yang disambut hari ini.

Menurutnya, tarikh 16 September adalah salah satu tarikh keramat serta bersejarah dan mengingatk­an semua rakyat negara ini penubuhan Malaysia.

Justeru, beliau mengatakan tujuan Malaysia ditubuhkan pada 55 tahun lalu juga tidak harus dilupakan.

“Asal- usul Malaysia dan sejarah pahit serta manis adalah perkara yang benar- benar mematangka­n negara ini,” jelasnya.

Tambahnya, perpaduan dalam negara juga tidak harus dipandang enteng kerana ia adalah tonggak keamanan Malaysia yang dike- capi selama ini.

“Kita harus memperting­kat perpaduan negara untuk kestabilan dan kemakmuran dalam membina negara bangsa,” katanya.

Perjanjian Malaysia dirangka pada November 1961 dan termetarai sekali gus berkuat kuasa pada 1963 ketika itu ditandatan­gani oleh kerajaan United Kingdom, Persekutua­n Tanah Melayu ( Semenanjun­g Malaysia), Borneo Utara ( Sabah), Sarawak dan Singapura.

G a b u n g a n t e r - diri Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura kemudianny­a dikenali sebuah negara iaitu Malaysia sejak 1963.

Bagaimanap­un, Singapura menarik diri dan menjadi sebuah negara sendiri pada 1965.

 ??  ?? SAFIEE
SAFIEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia