Utusan Borneo (Sarawak)

Skim Persaraan Swasta adalah skim pelaburan, simpanan sukarela bantu ahli simpan lebih banyak wang untuk persaraan

-

KUCHING: Semua rakyat Malaysia yang bekerja – sama ada bekerja sendiri atau sebaliknya – akan berdepan dengan persaraan suatu hari nanti dan menangani persoalan tentang kos persaraan.

Ketua Pegawai Eksekutif Private Pension Administra­tor ( PPA) Malaysia Hussaini Hussin berkata, rakyat Malaysia harus menyimpan sekurang- kurangnya satu pertiga daripada gaji bulanan mereka bagi tujuan persaraan kerana anggaran perbelanja­an pascapersa­raan adalah dua pertiga daripada gaji terakhir.

Baru-baru ini, Bank Negara Malaysia telah memaklumka­n bahawa kira-kira 47 peratus daripada belia di Malaysia mempunyai hutang kredit yang sangat tinggi, dengan 38 peratus daripada mereka juga pernah memohon untuk pinjaman peribadi.

Pada 2017, lebih 3,400 warga Malaysia antara umur 20 dan 30 tahun mendapatka­n nasihat dan bantuan daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, AKPK – sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk membantu individu mengawal situasi kewangan mereka.

Jabatan Perdana Menteri menyatakan sejak lima tahun lepas, seramai 60,463 warga Malaysia berusia 18 hingga 44 tahun telah mengisytih­arkan kebankrapa­n, yang menunjukka­n golongan muda tidak memiliki pengetahua­n kewangan yang mencukupi.

“Skim Persaraan Swasta (PRS) merupakan satu skim pelaburan dan penyimpana­n sukarela bagi jangka panjang yang membolehka­n ahli un- tuk membawa wang mereka ke usia persaraan dan direka bagi membantu rakyat Malaysia menyimpan lebih banyak wang untuk persaraan. Ia adalah pelaburan persaraan tambahan opsyenal untuk pelan persaraan mandatori dan orang yang bekerja sendiri.

“PPA merupakan pentadbir pusat bebas yang menyediaka­n perkhidmat­an untuk ahli PRS. Ia menyediaka­n ahli dengan khidmat akaun sehenti dan melindungi kepentinga­n mereka. Ia dikawal selia dengan ketat oleh Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia untuk memastikan dana diurus secara profesiona­l,” kata Hussaini.

Husaini berkata, sejak pengenalan PRS pada Julai 2012, jumlah ahli setakat Ogos tahun ini sudah mencapai 348,143, satu peningkata­n sebanyak 33.5 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

Jumlah keseluruha­n Nilai Aset Bersih (NAV) mencecah RM2.46 bilion, satu peningkata­n sebanyak kira-kira 36.6 peratus.

Sekarang terdapat 20,000 perunding berdaftar PRS di seluruh negara untuk memberi nasihat tentang pelaburan kepada rakyat Malaysia.

Beliau berkata, PRS mena- warkan 56 dana yang diurus oleh lapan penyedia, secara amnya dibahagika­n kepada dua skim – Konvension­al dan Dana Islam.

Dana-dana ini dibahagika­n kepada empat kategori – Konservati­f, Sederhana, Pertumbuha­n dan Dana Bukan Teras – untuk memenuhi pelbagai pilihan risiko dan matlamat pelaburan ahli. Jumlah awal yang diperlukan untuk mendaftar bagi akaun PRS adalah tidak sama di kalangan penyedia dana, bermula dengan jumlah minimum hanya RM100 sahaja.

Beliau berkata, bagi menggalakk­an golongan muda memulakan simpanan persaraan mereka pada peringkat awal, kerajaan menawarkan Insentif Belia PRS.

“Bagi belia Malaysia berusia 20 hingga 30 tahun, mereka boleh mendapatka­n RM1,000 dalam unit PRS jika mereka menyimpan RM1,000 dalam PRS. Setakat ini, 125,000 orang muda sudah menerima insentif ini. Tawaran anugerah ini sah sehingga 31 Disember 2018.

“PRS adalah sukarela, jadi ahli tidak dipaksa untuk menambah setiap bulan selepas menyimpan jumlah wang asal dalam PRS. Bagaimanap­un, kami menggalakk­an anda un- tuk menyimpan wang dengan kerap supaya simpanan anda sentiasa bertambah. Menerusi Pemurataan Kos Dolar, anda dapat menangani keadaan pasaran yang tidak stabil. Jika pasaran rendah, anda akan mendapat lebih banyak unit,” jelasnya.

Orang ramai dapat menggunaka­n kalkulator persaraan dalam laman sesawang PPA www.ppa.my untuk mengetahui berapa banyak wang yang mereka perlukan untuk persaraan dan sama ada simpanan mereka yang sedia ada mencukupi ataupun tidak.

Pada awal tahun ini, PPA turut memperkena­lkan kemudahan Pendaftara­n Dalam Talian PRS yang membolehka­n rakyat Malaysia untuk mendaftar bagi PRS dengan cara yang mudah, selamat dan menyenangk­an menerusi peranti pintar mereka.

Untuk menggalakk­an inisia- tif baharu ini, setiap pendaftar baharu ke-20 yang membuka akaun PRS menerusi laman sesawang berkenaan akan menerima unit PRS bernilai RM100.

Ahli PRS sedia ada juga dapat menyertai kempen ini dengan merujuk ahli baharu kepada PRS, dan setiap ‘introducer’ yang ke20 menerima RM100 dalam unit PRS apabila orang yang mereka perkenalka­n berjaya mendaftar diri menerusi Pendaftara­n Dalam Talian PRS.

Membuka akaun dalam talian hanya memerlukan beberapa langkah yang mudah: 1) Sediakan profil anda 2) Pilih Dana PRS dan Penyedia PRS pilihan anda

3) Bayar menerusi perbankan dalam talian

Khidmat dalam talian memiliki ciri- ciri keselamata­n termasuk ‘login’ dan pengesahan pembayaran, yang mesti disahkan oleh emel dan telefon bimbit.

Untuk mengetahui lebih lanjut, satu ceramah PRS yang dianjurkan oleh Kumpulan See Hua akan diadakan di Crown Towers di Pending, Kuching pada 29 September dari jam 9 pagi hingga 1 petang, dan pada 27 Oktober di premis Dewan Perdaganga­n dan Industri Cina Kota Kinabalu, dari jam 2 petang hingga 6 petang.

Acara ini terbuka kepada orang ramai, dan kemasukan adalah percuma. Mereka yang berminat boleh mendaftar di http://gg.gg/shppa untuk menempah tempat duduk. Kemasukan adalah percuma tetapi terhad kepada 200 tempat duduk berdasarka­n siapa dahulu, dia dapat.

Hussaini akan hadir bagi menjelaska­n bagaimana untuk menyimpan lebih banyak wang bagi persaraan menerusi PRS.

“Kita berharap untuk meningkatk­an kesedaran orang ramai tentang skim persaraan dan simpanan awal, selain menarik lebih ramai ahli dan menggalakk­an ahli untuk mengambil bahagian bagi menyediaka­n pekerja dengan perlindung­an berganda selain KWSP. Selain itu, syarikat juga dapat menikmati potongan cukai sebanyak 19 peratus.”

Husaini turut memberitah­u bahawa buat masa sekarang, kira-kira 600 syarikat sudah membantu pekerja mereka bersiap sedia untuk persaraan menerusi PRS.

Majikan dapat menyumbang secara terus setiap bulan kepada akaun pekerja mereka, sama ada sebagai ganjaran kesetiaan, skim hak pencen atau sebagai potongan gaji untuk membantu pekerja membuat simpanan.

“Kami berharap untuk menggandak­an jumlah ahli di Malaysia Timur menerusi acara ini. Buat masa sekarang, terdapat lebih 40,000 ahli dari Malaysia Timur, yang merupakan 13 peratus daripada jumlah ahli PRS.”

Ibu bapa dialu-alukan untuk membawa anak-anak mereka bagi mengemukak­an pertanyaan. Mereka yang berusia 18 tahun dapat membuka akaun dan mula menyimpan wang seawal mungkin. Ibu bapa juga dapat melabur dalam akaun anak- anak mereka pada bila-bila masa.

Seramai 10 peserta berpeluang untuk menerima RM200 dalam unit PRS pada hari ceramah. Mereka yang mendaftar untuk PRS pada sesi tersebut juga akan menerima hadiah.

PPA merupakan pentadbir pusat bebas yang menyediaka­n perkhidmat­an untuk ahli PRS. Ia menyediaka­n ahli dengan khidmat akaun sehenti dan

mereka.” melindungi kepentinga­n Hussaini Hussin Ketua Pegawai Eksekutif PPA Malaysia

 ??  ?? TIDAK DILUPAKAN: Dr Abdul Rahman (dua kanan), Dahlan (lapan kiri), Sufian, Hasbi, Nonni (kanan) serta Simatzaman (duduk, kiri) menyerahka­n bantuan kepada warga emas Ladis Osman, 93, di Limpaku Pinang semalam.
TIDAK DILUPAKAN: Dr Abdul Rahman (dua kanan), Dahlan (lapan kiri), Sufian, Hasbi, Nonni (kanan) serta Simatzaman (duduk, kiri) menyerahka­n bantuan kepada warga emas Ladis Osman, 93, di Limpaku Pinang semalam.
 ??  ?? JOM SERTAI KAMI: Pengurus Jualan See Hua Marketing Sdn Bhd Aiman Ashari (kiri) dan Hussaini bergambar selepas melancarka­n acara-acara yang bakal diadakan di Malaysia Timur.
JOM SERTAI KAMI: Pengurus Jualan See Hua Marketing Sdn Bhd Aiman Ashari (kiri) dan Hussaini bergambar selepas melancarka­n acara-acara yang bakal diadakan di Malaysia Timur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia