Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Marudi sekali lagi bukti keunggulan bahas

Muncul juara Pertanding­an Bahas Piala Ketua Menteri Zon I (Miri) tewaskan SMK Long Lama

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

Usaha memartabat­kan bahasa Melayu perlu dilakukan dengan bersungguh­sungguh dan memerlukan tindakan berani pelbagai pihak.

MIRI: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Marudi mengulangi kejayaan muncul juara Pertanding­an Bahas Piala Ketua Menteri Zon I (Miri) semalam.

SMK Marudi yang dibarisi Norhelma Biute Veronica Roni, Susiza Andrew, Mithchelle Birai dan Sandra Louisa Sargious membawa pulang RM1,500 dan trofi.

Paling manis, pencadang ketiga iaitu Mithchelle turut dinobatkan sebagai pembahas terbaik sekali gus menerima RM500 dan trofi.

Pertanding­an Bahas Piala Ketua Menteri mula diperkenal­kan sejak 1986 dan terbuka kepada sekolah menengah.

Sejak itu, SMK Marudi telah beberapa kali muncul juara peringkat Zon I, bahkan pernah menjadi juara pertanding­an akhir dua tahun lalu.

SMK Long Lama selaku pembangkan­g pula tidak

Datuk Sebastian Ting ADUN Piasau

pulang dengan tangan kosong apabila menerima RM1,000 dan trofi.

SMK Long Lama diba- risi Nazatul Farhana Idayu, Beatrice Aren Wan, Maureske Stewart dan Domenick Unggum.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting berkata pertanding­an itu dapat memartabat­kan penggunaan bahasa Melayu.

“Usaha memartabat­kan bahasa Melayu perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan memerlukan tindakan berani pelbagai pihak,” katanya.

Malah katanya, masyarakat dan generasi muda hari ini tidak boleh menolak ke tepi penggunaan bahasa Melayu kerana ia merupakan identiti, jati diri dan kebanggaan bangsa.

“Bagaimanap­un, kita juga tidak boleh menolak kepentinga­n bahasa Inggeris sebagai bahasa global kerana ia penting sebagai bahasa perantara antarabang­sa,” tegasnya.

Mengulas lanjut, Sarawak juga katanya turut menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraa­n pentadbira­n kerajaan.

“Sebab itu kerajaan Sarawak menyaranka­n agar generasi muda menguasai bahasa Inggeris tetapi tidak meminggirk­an bahasa Melayu,” jelasnya.

Hadir sama Pegawai Daerah Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf, Ketua Unit Pengurusan Akademik Pejabat Pendidikan Miri Dr Ling Mei Teng, Pemangku Jurutera mewakili Pengurus Stesen Miri Mut Wam dan Ketua Bahagian Perancanga­n SarawakFM Saptuyah Kipli.

 ??  ?? TAHNIAH: Sebastian (lima kiri, barisan belakang) bergambar bersama pasukan SMK Marudi yang muncul juara Pertanding­an Bahas Piala Ketua Menteri Zon I (Miri) semalam.
TAHNIAH: Sebastian (lima kiri, barisan belakang) bergambar bersama pasukan SMK Marudi yang muncul juara Pertanding­an Bahas Piala Ketua Menteri Zon I (Miri) semalam.
 ??  ?? SEGAK: Mundaw melakukan pemeriksaa­n Perbarisan Penghargaa­n Panglima Medan Timur Tentera Darat di Padang Kawad 3 RRD, Kem Oya kelmarin.
SEGAK: Mundaw melakukan pemeriksaa­n Perbarisan Penghargaa­n Panglima Medan Timur Tentera Darat di Padang Kawad 3 RRD, Kem Oya kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia