Utusan Borneo (Sarawak)

KSDS anjur Bengkel Asas Pengenalan Sape pada 21 September

-

SIBU: Kelab Sape Dayak Sibu (KSDS) akan menganjurk­an Bengkel Asas Pengenalan Sape pada 21 September ini di bilik mesyuarat Bangunan Arked MARA Sibu dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Pengerusin­ya, Anthony Abong berkata bengkel itu akan memperkena­l pelbagai topik berkisar dengan sape termasuk cara memainkann­ya.

Katanya, ini adalah peluang bagi mereka yang berminat untuk mempelajar­i alat muzik tradisiona­l sape namun tidak berkesempa­tan sebelum ini.

“Bengkel ini terbuka kepada semua tanpa mengira peringkat umur bagaimanap­un terbahagi kepada dua sesi.

“Sesi pertama iaitu dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari untuk dewasa berumur 18 tahun ke atas.

“Pada sebelah petang, dari jam 2 hingga 5 petang untuk pelajar sekolah berumur 17 tahun ke bawah,” katanya di sini kelmarin.

Bagaimanap­un, ia bergantung kepada penyertaan sama ada peserta diasingkan atau sebaliknya.

“Kita terpaksa membahagik­annya kalau penyertaan ramai dari kedua- dua golongan sasar,” jelasnya.

Menurutnya, golongan pelajar sekolah sangat penting untuk didedahkan dengan alat permainan tradisiona­l sape kerana ia bakal diwarisi oleh golongan itu pada masa akan datang.

Jelasnya, mereka turut menjemput guru-guru sekolah menyertain­ya dan setiap peserta tamat bengkel akan diberikan sijil oleh KSDS.

Yuran penyertaan sebanyak RM80 kepada orang dewasa, manakala pelajar sekolah adalah RM15.

Sebarang pertanyaan atau membuat pendaftara­n sila hubungi Anthony menerusi talian 013-5650914 atau melayari halaman Facebook KSDS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia