Utusan Borneo (Sarawak)

KSDS anjur ‘The Art Of Sape’ 2.0 pada 22 September ini

-

SIBU: Kelab Sape Dayak Sibu (KSDS) dengan kerjasama Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB), Borneo Event Entertainm­ent (BEE) dan Pusat Warisan Sibu (SHC) akan menganjurk­an ‘The Art Of Sape’ (TAOS) 2.0 pada 22 September ini di SHC, Jalan Wong Nai Siong/ Jalan Central di sini mulai jam 10 pagi hingga 7 malam.

Pengerusi KSDS Anthony Abong berkata, TAOS 2.0 sebelum ini dikenali sebagai Pameran dan Pertunjuka­n Sape dan kali ini ia masuk edisi kedua.

Jelasnya, KSDS masih mengekalka­n temanya seperti tahun lalu iaitu ‘With Sape, We Unite.’

“Pada tahun lalu, TAOS mendapat sambutan menggalakk­an di mana tahun ini kita bersedia menganjurk­annya semula di venue sama.

“Tahun ini, walaupun menghadapi masalah kewangan kita bersyukur kerana kerjasama dengan tiga pihak iaitu STB, BEE dan SHC,” katanya pada sidang media di sini kelmarin.

Hadir sama wakil STB Siti Nabzah, Pengurus BEE Justin Teng serta ahli-ahli KSDS.

Beliau memberitah­u, antara pengisian program ialah pameran sape, demonstras­i membuat sape, ‘jamming’ serta ‘busking’ sape dan bengkel sape.

“Pertunjuka­n dan ‘busking’ sape diadakan dari jam 5 hingga 7 petang,” jelasnya sambil memberitah­u ia disusuli upacara penangguha­n dan penyampaia­n sijil dan cenderamat­a kepada yang terlibat ataupun tetamu kenamaan.

Justeru, peminat atau pencinta sape di kawasan wilayah tengah dijemput hadir pada program tersebut dan masuk adalah percuma.

Sebarang pertanyaan lanjut diminta untuk menghubung­i Anthony (013-5650914) atau mengunjung­i halaman KSDS di Facebook bagi mengetahui perkembang­annya.

 ??  ?? PASTI HEBAT: Anthony (tengah) bersama Siti (dua kiri), Teng (kiri) serta yang lain menunjukka­n Program TAOS 2.0 yang akan diadakan di Sibu pada 22 September ini.
PASTI HEBAT: Anthony (tengah) bersama Siti (dua kiri), Teng (kiri) serta yang lain menunjukka­n Program TAOS 2.0 yang akan diadakan di Sibu pada 22 September ini.
 ??  ?? TAKLIMAT: Dennis (tiga kanan) bersama kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Telang Usan dan pegawai PI Peliau Bungai pada sesi taklimat penggunaan media sosial dan Internet kelmarin.
TAKLIMAT: Dennis (tiga kanan) bersama kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Telang Usan dan pegawai PI Peliau Bungai pada sesi taklimat penggunaan media sosial dan Internet kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia