Utusan Borneo (Sarawak)

KPM perlu tangani isu kekurangan guru pilihan bahasa Iban: KGBS

-

KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak ( KGBS) menggesa Jawatankua­sa Khas yang diwujudkan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dapat melihat isu kekurangan guru pilihan Bahasa Iban sebagai keutamaan dalam kajian mereka di negeri ini.

Presidenny­a Ahmad Malie mendedahka­n, kekurangan guru mengikut pilihan khususnya guru pilihan Bahasa Iban kini berjumlah 2,240 orang.

“Sekiranya guru-guru pilihan bahasa Iban ini tidak ditangani secara komprehens­if, ia pasti akan menjadi isu kritikal pendidikan di negeri ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai usaha KPM mewujudkan Jawatankua­sa Khas dalam menangani isu kekurangan guru terutamany­a di Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak yang diumumkan Timbalan Menteri Teo Nie Ching baru-baru ini.

Pada masa sama, Ahmad memberitah­u KPM perlu memperting­katkanpeng­ambilan anak-anak Sarawak untuk dilatih sebagai guru di institut pendidikan guru (IPG) berkenaan bagi menampung kekurangan guru yang semakin meningkat saban tahun.

“Apabila guru-guru semakin ramai bersara dalam tempoh dua tahun akan datang jumlah kekurangan ini semakin meningkat,” katanya.

Selain itu, beliau menyaranka­n kerajaan menaikkan elaun sara hidup dan elaun tambahan kepada guru selain pemilihan dan penawaran kursus perguruan khsusus untuk anak Sarawak di IPG yang ada di negara ini.

Tambahnya, dalam situasi ini, pengekalan fungsi IPG khususnya IPG kampus di Miri dan Rajang, Bintangor di negeri ini adalah relevan.

“Sehubungan itu, kita menyambut baik dan menyokong sepenuhnya langkah kerajaan melalui KPM untuk menangani isu kekurangan guru terutamany­a di negeri ini dengan mewujudkan Jawatankua­sa Khas ini,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia