Utusan Borneo (Sarawak)

Budaya turun padang perlu terus diamalkan untuk mengetahui keperluan dan masalah penduduk

- Oleh Mastura Ismail

LAWAS: Perkembang­an teknologi maklumat masa kini tidak perlu dijadikan penghalang kepada ahli-ahli jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bukit Sari mendamping­i rakyat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, usaha mendekati rakyat perlu dilakukan melalui pelbagai pendekatan.

Katanya, urusan parti harus bersifat telus agar rakyat tahu agenda dan perjuangan parti untuk membela nasib mereka.

“Budaya turun padang perlu diteruskan untuk mendalami dan mengetahui keperluan dan masalah yang dihadapi rakyat,” katanya ketika mempengeru­sikan sesi perjumpaan dengan jawatankua­sa induk PBB Bukit

Budaya turun padang perlu diteruskan untuk mendalami dan mengetahui keperluan dan masalah yang dihadapi rakyat. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

Sari di sini kelmarin.

Turut hadir Pegawai Daerah Lawas, Ladin Atok dan Timbalan Ketua PBB Bukit Sari, Kaunselor Awangku Jinal Abidin Pengiran Jawa serta ketua- ketua sayap pergerakan Pemuda dan Wanita PBB Bukit Sari.

Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua, Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan itu berkata, segala keperluan dan masalah rakyat diteliti dipertimba­ngkan bagi mendapat bantuan sewajarnya.

Menurutnya, kerajaan terus melaksanak­an pelbagai pembanguna­n untuk dinikmati dijalankan secara berperingk­at-peringkat.

“Justeru, penting bagi rakyat memberi sokongan tidak berbelah-bahagi kepada kerajaan memastikan segala pembanguna­n dapat diteruskan,” katanya.

 ??  ?? DEKATI RAKYAT: Awang Tengah (dua kiri) bersama Ladin (kiri) dan Awangku Jinal pada sesi perjumpaan jawatankua­sa induk PBB Bukit Sari kelmarin.
DEKATI RAKYAT: Awang Tengah (dua kiri) bersama Ladin (kiri) dan Awangku Jinal pada sesi perjumpaan jawatankua­sa induk PBB Bukit Sari kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia