Utusan Borneo (Sarawak)

Papan tanda besar rosak dibadai angin kencang undang kegusaran penduduk

-

BETONG: Kesan daripada kejadian hujan lebat dan angin kencang yang melanda Betong pada Isnin lalu menyebabka­n beberapa kerosakan harta benda awam termasuk sebuah papan tanda besar di Kampung Masjid di sini.

Papan tanda berkenaan naik taraf bangunan Taska KEMAS berukuran kira-kira 20 kaki lebar dan 30 kaki tinggi itu rosak dan hampir tercabut, namun masih belum dibaiki oleh pihak berwajib selepas beberapa hari kejadian.

Beberapa penduduk melahirkan kegusaran melihat keadaan papan tanda yang agak berbahaya dan boleh rebah bila-bila masa.

“Siapa yang sepatutnya mengambil tindakan tentang hal ini, adakah pemimpin kampung atau pihak berkuasa tempatan?

“Keadaan ini nampak begitu berbahaya jika tumbang boleh mencederak­an sesiapa saja yang lalu di kawasan ini,” kata mereka.

Lebih menggusark­an penduduk ialah kawasan tersebut adalah laluan pelajar yang berulang- alik ke sekolah, manakala di sebelahnya terdapat sebuah taska dan sekolah rendah di seberang jalan tersebut.

“Ia juga laluan penduduk kampung untuk ke bandar selain ke masjid berdekatan.

“Tiada tindakan segera dilakukan oleh pihak berwajib menyebabka­n kami keliru dengan peranan pihak bertanggun­gjawab.

“Kami berharap ada kerjakerja dilakukan untuk membaiki papan tanda ini,” ujar mereka.

Tinjauan mendapati setakat semalam masih tiada pihak yang tampil dan menjalanka­n kerja-kerja membaiki atau mengambil tindakan lain terhadap papan tanda itu.

 ??  ?? HAMPIR TUMBANG: Keadaan papan tanda yang rosak akibat dipukul angin kencang pada Isnin.
HAMPIR TUMBANG: Keadaan papan tanda yang rosak akibat dipukul angin kencang pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia